suria

Cetusan Rasa Pelbagai Juadah PNB Darby Park

HAMPIR dua minggu berpuasa, pastinya masing-masing sudah buntu untuk mencari lokasi berbuka yang mempunyai pelbagai juadah yang menyelerakan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, PNB Darby Park menyediakan Cetusan Ramadan yang menghimpunkan berpuluh-puluh juadah dengan seleksi jualah aneka pilihan berkonsepkan masakan tempatan dan antarabangsa, malah amat bertepatan dengan mereka yang mementingkan kesempurnaan dalam memilih juadah untuk berbuka. 

Bermula 20 Jun lalu sehingga 15 Julai ini The 39 Restaurant dan Restoran 10 Binjai menyediakan keenakan  menu masakan serta konsep kontemporari dan klasik.

Istimewanya The 39 Restaurant ini, pengunjung dapat melihat sendiri panorama indah pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di Tingkat 39 sambil dibuai dengan keindahan elemen muzik yang didendangkan secara langsung dari kumpulan muzik tempatan.

Seleksi menu yang mampu membangkitkan selera anda terdiri dari pelbagai variasi masakan kampung antaranya kambing panggang bersama sos rosemary dan pudina , kari kepala ikan, udang sambal petai, asam pedas ikan tenggiri, ikan siakap tiga rasa, rendang tok, asparagus belacan, ayam masak lemak nangka serta pilihan aneka pencuci mulut.

Ikan siakap tiga rasa


Dengan harga bersih bagi pakej di restoran ini RM139 bagi dewasa dan RM69.50 untuk kanak berusia 4 hingga 12 tahun amat berbaloi dengan sentuhan istimewa chef-chef terkenal yang diketuai oleh Ashar Daud.
Chef Ashar Daud

Manakala Restoran 10 Binjai menyediakan bufet Ramadan dengan menyajikan rangkaian masakan berkonsepkan ala kampung yang pastinya mampu membuat anda seperti menikmati masakan di rumah sendiri.

Antara menu yang disajikan ialah ketam masak lemak cili api, ayam madu masak merah, udang galah, patin tempoyak serta sup ‘gear box’.


Sup Gear Box antara pilihan pengunjung.

Tidak perlu risau dengan harga bufet Ramadan di restoran ini kerana dengan harga RM110 (dewasa) dan RM55 bagi kanak-kanak (4-12thn), anda boleh menjamu selera tanpa had dan pastinya pengalaman makan di sini akan dikongsi bersama ahli keluarga mahupun kawan-kawan lain.

PNB Darby Park

Artikel Sebelum

Kuih Lompang

Artikel Berikut

Daging Daun Selasih

Artikel Lain