BAGI anda yang mementingkan gaya pemakanan yang sihat, apa kata cuba resipi salad tomato ikan bilis. Ianya sedap dimakan sebagai sajian pembuka selera anda seisi keluarga. Bahan-bahan: 3 biji tomato dihiris nipis 1 cawan ikan bilis yang digoreng garing sedikit jus lemon sedikit gula garam secukup rasa 1/2 labu bawang merah dihiris nipis 1 biji cili merah dihiris nipis 5 biji cili padi dihiris nipis Cara-cara: Gaul semua bahan dan perahkan lemon. Gaul lagi. Sedia dihidangkan.