RASANYA jika balik kampung dan berkunjung ke rumah atuk, nenak atau opah, tentunya wajik antara hidangan yang dinanti-nantikan. Mana tidaknya, hasil air tangan orang lama tentunya enak dan tiada tandingannya. Bahan: 300 gm beras pulut 150 gm gula nisan 150 gm gula pasir 2 biji kelapa diparut 1 helai daun pandan Secubit garam Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air) Cara: Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang. Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip. Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.