Bahan:
1 kg beras Basmathi - direndam selama 1/2 jam dan ditoskan
1 kg udang - dibersihkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 biji tomato - dipotong dadu
2 labu bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar minyak sapi atau 1/2 cawan minyak masak
6 cawan stok udang - dari kepala udang
1/2 cawang kacang peas
Bahan hiasan:
timun
telur rebus
daun pudina
daun ketumbar
cili merah
kacang gajus
Cara:
Toskan beras dan goreng sekejap tanpa minyak dalam kuali. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan tumiskan bawang, hali, bawang putih dan goreng hingga naik wangi.
Selepas itu, masukkan udang, jintan, cili serbuk, kunyit, garam masalah dan garam. Selepas itu, masukkan tomato dan beras tadi berserta stok udang dan biarkan hingga nasi kering. Selepas itu masukkan kacang peas dan biarkan nasi masak.