Jadi apa kata cuba resipi ini untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri anak bersama keluarga tercinta.
Bahan-Bahan:
1 kg mi kuning - dicelur
250 gm taugeh - dicelur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur - direbus
1 tangkai daun sup - hiris halus
Cili merah - hiris nipis
Cili hijau - hiris nipis
3 ketul tauhu - digoreng dan hiris sederhana nipis
Bahan untuk kuah:
1 senduk minyak masak
500 gm daging, hiris nipis
500 gm keledek merah - anggaran 2 ketul kecil
2 sudu besar taucu
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 sudu besar udang kering yang direndam*
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air
1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
2 cm lengkuas, dititik
1 biji tomato, dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Cara untuk memasak kuah:
Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
Kisar halus bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu.
Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Cara untuk menghidang:
Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mi.
Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi.