Bahan:
1/2 cawan jem
1/2 paket buah prune
1/2 sudu baking powder
100 gm gula halus
150 gm mentega
250 gm tepung gandum
1 sudu esen vanila
Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telus, tepung, baking powder dan uli sampai lembut.
Ambil separuh adunan tekan ke dalam loyang kuih dan sapukan jem dan taburkan prune.
Canai adunan selebihnya, potong 4 inci lebar dan atur atas prune hingga menutupi loyang. Sapu telur dan bakar sampai masak.