INGIN membuat kek yang mudah disediakan bagi anda yang bekerjaya. Apa kata luangkan masa anda untuk menghasilkan kek batik coklat yang enak ini. Kek batik coklat ini adalah olahan dari biskut marie yang lembut. Ia enak dijadikan sebagai hidangan minum petang. Namun, pada bulan puasa ini, akhiri hidangan anda dengan kek batik coklat ini. Bahan-bahan: 200gm millo 250gm butter/marjerin 3 sudu makan serbuk koko 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis biskut marie secukupnya Cara-cara menyediakan: Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga hancur. Kemudian masukkan serbuk koko. Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Setelah pekat ,padamkan api. Susun biskut marie di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk). Lapis dengan adunan coklat, susu biskut marie, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis. Siap dan biarkan semalaman. Potong dan hidangkan.