Bagaimanapun, roti itu boleh juga dijadikan pembuka selera jika ia digoreng dengan inti daging atau sardin.
Bahan-bahan:
1 buku roti potong
Halia sebesar ibu jari - ditumbuk
Bawang besar - dipotong persegi halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Lada sulah sedikit
1 biji telur untuk melekatkan roti
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga garing. Masukkan daging dan bawang besar, garam, lada sulah.
Gaulkan dan biarkan hingga kuning dan masak.
Roti dipotong dua setiap keping dan dibuang tepinya. Sapukan telur di tepinya, masukkan inti dan gulungkannya. Buat hingga habis.
Panaskan minyak kemudian goreng roti ini hingga masak kemudian boleh dihidangkan.