suria

Rendang Tok

Rendang tok.
LEMANG dan ketupat tidak akan lengkap tanpa adanya rendang. Bagi orang Perak tentunya rendang tok yang menjadi kebanggaan terutama untuk dihidangkan pada Aidilfitri.

Bahan:

1 1/2 kg daging - dipotong dadu

3 liter santan

1 biji kelapa parut - jadikan kerisik, beberapa kepingan kelapa disangai

2 helai daun kunyit 

beberapa helai daun salam

3 batang serai - dititik

1 batang kulit kayu manis

4 biji bunga lawang

10 biji bunga cengkih

1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Bahan disangai - goreng tanpa minyak

11/2 sudu makan jintan manis

1/2 sudu makan jintan putih

2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:

20 biji cili kering - direndam dulu

1 sudu teh lada hitam

10-15 biji bawang merah

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

3 sm lengkuas

5 batang serai

5 sm halia

3 sm kunyit hidup

bahan yang disangai

Caranya:

Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar. 

Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. 

Masakkan rempah itu dahulu. 

Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.

Kemudian masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. 

Kacau sedikit, biarkan ia masak. Hanya tambah air jika perlu. 

Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
rendang tok

Artikel Sebelum

Artikel Lain