BAGI penggemar sajian sup tulang, apa kata cuba resipi yang diinspirasi dari chef terkemuka negara, Chef Wan. Resipi ini menghasilkan sup tulang yang pekat, berempah dan menyelerakan. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau roti dan sesuai dihidangkan untuk tetamu yang bertandang ke rumah di Hari Raya. Bahan-bahan: 500 gram tulang lembu berdaging 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu) 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus 1 1/2 sudu besar tomato puree 1 batang lobak merah, didadu 1 biji kentang, didadu 2 batang saderi, dihiris besar Sedikit daun sup, dihiris Bawang goreng Bahan untuk kisar halus: 8-10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 batang serai, hiris nipis 1 inci halia Bahan untuk tumis: 4 biji buah pelaga 2 batang kayu manis 6 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang Cara Penyediaan: Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.