HIDANGAN rempeyek memang digemari ramai, malah jualannya juga laris sepanjang masa. Bagaimanapun, sambutannya lebih hebat menjelang Aidilfitri. Bagi yang mahu mencuba kebolehan, inilah resipinya.
250 gram kacang hijau direbus sekejap lalu toskan.
300 gram tepung beras
150 gram tepung ubi
1 biji telur
250 ml santan
Bumbu yang dihaluskan
5 bawang putih
7 buah keras
5 helai daun limau buang tulangnya
1/2 cm kunyit
1/2 sdt jintan manis
1 sdt ketumbar
Cara:
Campurkan tepung beras,tepung ubi santan telur dan bumbu halus ,kacau rata.
Masukan kacang kedalam adunan tepung. Ambil 1 senduk sayur tabur kacang hijau , tuang adunan ditepi kuali yang berisi minyak goreng, lalu goreng hingga rempeyek kuning kecoklatan.