Bahan-bahan: *2 biji kentang dihiris nipis *1 lobak merah dihiris nipis *1 biji bawang besar dihiris nipis *2 sudu udang kering atau ikan bilis dikisar halus *3 cawan tepung gandum *1 biji telur *Tambahkan cili jika nak pedas Cara-caranya: Kentang dibuang kulit dan dipotong nipis, begitu juga dengan lobak merah. Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas, masukkan air dan gaul rata. Seterusnya panaskan minyak dan goreng hasil yang digaul hingga kekuningan. Hidangan ini pasti lebih enak jika dimakan bersama cili atau tomato serta mayonis.