suria

Putu Mayam Briyani Menu Istimewa Lebuh Queen

GEORGETOWN: Putu mayam briyani yang unik menjadi tarikan utama ketika ini di bazar Ramadan Lebuh  Street di sini.

Pengurus Restoran Sejahtera Muhibah, Imam Ali Shahul Hamid berkata, menu istimewa tersebut telah dijual di bazar Ramadan sejak bertahun dahulu.

"Kami meletakkan herba dan rempah di dalam putu mayam untuk lebih wangi dan memikat selera," katanya.

Sepiring putu mayam briyani bersama kari ayam tersebut dijual pada harga RM9.50.

Tambah Imam Ali, 25, kuih tradisional juga antara makanan terlaris dikalangan umat Islam yang singgah di bazar tersebut.

"Salah satu kuih yang paling laris ialah sekaya telur," tambahnya.

Antara makanan lain yang mendapat sambutan ialah roti jala, murtabak, samosa dan nasi ayam.

Sementara itu, peniaga Fahrul Rozi Yusof berkata, kain dari Indonesia pasti akan menjadi yang telaris pada tahun ini.

"Baju labuh berharga RM180 yang anggun dan bergaya ini sesuai untuk mana-mana majlis.

“Saya juga percaya di hujung Ramadan nanti jumlah pengunjung pasti lebih ramai kerana adanya pembeli di saat-saat akhir," kata peniaga 19 tahun di Bazar Penang Road.  



 

Artikel Lain