suria

Sambal Terung Bersama Udang Geragau dan Petai Bakar

Sambal Terung Bersama Udang Geragau dan Petai Bakar
Sambal Terung Bersama Udang Geragau dan Petai Bakar

Bahan-Bahan:

4 ulas bawang putih (cincang)
4 sudu besar cili merah kisar
30g udang geragau
3 biji terung panjang, dibelah dua (memanjang)
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu besar air asam jawa
Garam, gula secukup rasa
1 papan petai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak sayuran

Penyediaan:

1- Gaul terung yang dibelah dua bersama garam. Goreng dalam minyak sehingga separa layu. Angkat terung.
2- Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih dan cili kisar. Masukkan belacan.
3- Masukkan separuh udang geragau, kacau, tambah air asam jawa, garam dan gula.
4- Masukkan terung, kacau hingga sebati.
5- Goreng separuh lagi udang geragau hingga garing. Tabur atas terung.
6- Rebus petai hingga layu. Lumur petai dengan kunyit dan garam.
7- Bakar atas api hingga naik bau. Hidang bersama terung.


Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.

Artikel Lain