SESIAPA yang pernah melancong ke pekan Sungai Golok di Thailand ini pasti tertarik dengan aroma makanan di tepi jalan sekitar pekannya. Keunikan makanan tradisionalnya turut menarik minat penduduk sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu untuk berkunjung ke pekan dalam wilayah Narathiwat ini. Antara yang menjadi buruan tentunya mee sup istimewa yang dikenali sebagai mee Kway Chap. Ikuti laporan yang disediakan.