MASAKAN tempatan pastinya menjadi pilihan utama di waktu berbuka puasa kerana seleranya begitu dekat di hati orang kita. Maka tidak hairanlah Hotel Dorsett Kuala Lumpur memenuhi kehendak itu dengan mengetengahkan bufet Ramadan bertemakan ‘Citarasa Malaysia’. Hidangan istimewa sepanjang masa sudah tentu bubur lambuk dan sup ekor. Lima sajian utama pilihan bufet Ramadan di Hotel Dorsett Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh menikmati sajian istimewa lain seperti gulai nenas ikan talang masin, sambal udang petai, ketam goreng mentega dan sotong tumis jintan. Sajian berkenaan sudah cukup membuatkan pengunjung menjilat jari dan tentunya lebih berbaloi buat mereka yang menyukai masakan berempah, malahan bufet ini turut menghidangkan pelbagai masakan seperti burung puyuh istimewa goreng berkunyit dan tempe goreng berempah. Sotong tumis jintan. Jika keliru dengan pelbagai juadah, anda juga disyorkan untuk menikmati masakan popular seperti kambing panggang gaya ‘Kuzi’ bersama nasi briyani, rendang itik Minang dan Nasi Kerabu Bunga Telang bersama burung puyuh dan ayam percik. Percayalah, gabungan nasi kerabu bersama ayam percik dengan kuahnya yang berlemak manis pastinya memukau. Ulam-ulaman juga tidak dilupakan bagi melengkapi masakan tradisional yang dibarisi kerabu pucuk paku kerang, kerabu perut, kerabu jantung pisang, som tam mangga dan betik serta kerabu paru air asam. Stimbot makanan laut. Tidak lengkap rasanya bufet ini tanpa pencuci mulut dengan keenakan serawa durian, apam balik manis, tapai pulut, bubur hitam dan pelbagai jenis kuih nyonya. Bagi mempersembahkan kepelbagaian, Hotel Dorsett Kuala Lumpur turut menyediakan barisan gerai dengan aneka hidangan seperti stimbot makanan laut, makanan bergoreng dan buah-buahan tempatan serta ais kacang. Bufet Ramadan bertemakan ‘Citarasa Malaysia’ ini bermula dari pukul 7 petang sehingga 10.30 malam setiap hari di restoran Checkers Cafe di aras satu hotel berkenaan. Aneka buah-buahan tempatan. Harga bagi seorang dewasa adalah RM99 nett, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Berlatarkan muzik gamelan yang mengasyikkan sambil menikmati hidangan tradisonal Malaysia semasa berbuka puasa sudah tentu menggamit memori terutama suasana di kampung. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 03-27161010 atau emel kepada [email protected]