AIR nabeez atau air rendaman buah kurma ini merupakan antara minuman sunnah dan menjadi kegemaran Nabi Muhammad S.AW. Air ini mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Ia amat digalakkan untuk diamalkan demi menjaga kesihatan diri dan sesuai diminum sepanjang bulan Ramadan.
Bahan-bahan:
3 biji kurma - dibuang biji
500 ml air
Cara-cara:
- Carik-carik isi kurma. Kemudian rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur.
- Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
- Sedia untuk diminum sewaktu bersahur. Selamat mencuba!
*Kredit Facebook Astini Cake