HIDANGAN ayam kurma sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato mahupun nasi putih bersama jelatah. Untuk menampilkan kelainan pada hidangan tersebut, apa kata cuba resipi ayam kurma navratan yang menjadi menu berbuka puasa di Hotel VE. Sesuai dihidangkan untuk anak-anak kecil dan anda yang tidak gemar makanan pedas.
Bahan-bahan:
1 kg Ayam yang telah siap dipotong
80 gram bawang merah yang dikisar
60 gram pes halia
60 gram pes bawang putih
1/2 batang kulit kayu manis
30 gram lada burung dikisar
50 gram serbuk kurma
30 gram serbuk ketumbar
10 gram serbuk kunyit
60 ml krim masakan
Cara penyediaan:
1) Mula-mula, bersihkan potongan ayam sehingga bersih dan letakkan ketepi dahulu.
2) Kemudian, tumiskan kisaran bawang merah, halia dan pes bawang putih, kulit kayu manis, serbuk ketumbar, serbuk kurma, serbuk kunyit dan lada burung sehingga wangi.
3) Masukkan ayam dan gaul sebati.
4) Selepas itu, masukkan krim masakan dan perlahankan api dapur.
5) Perasakan dan jika sudah masak sempurna, boleh dihidangkan terus.
*Kredit: Hotel VE