HIDANGAN nostalgia ini pastinya membangkitkan selera anda setelah seharian berpuasa. Ikuti cara penyediaannya yang mudah. (Hidangan untuk 10 orang) 500 gram perut lembu, dibersihkan dan dihiris 160 gram cili padi (cili mata burung) Kunyit segar 30 gram Bawang merah 190 gram 30 gram bawang putih 60 mililiter santan garam secukup rasa 100 gram rebung muda 2 daun kunyit Cara Penyediaan 1) Dalam periuk besar yang dipenuhi dengan air, rebus perut sehingga lembut. 2) Dalam pemproses makanan, kisarkan cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih. 3) Panaskan periuk atas api yang perlahan dan tambah bahan-bahan tadi. Biarkan ia mendidih selama 5 minit. 4) Masukkan santan dan kacau berterusan 5) Tambahkan garam secukup rasa, masukkan rebung dan daun kunyit. Rebus selama 5 minit dan hidangkan panas