MAKANAN sampingan ada kalanya membantu untuk menaikkan selera sesiapa yang berpuasa. Mungkin juga hidangan seperti bihun dan mi boleh menggantikan nasi walaupun ia sebenarnya makanan ruji tempatan. Bagi yang berhasrat menggoreng mi untuk berbuka nanti, berikut disediakan resipi mudah dan cepat untuk dihidangkan.
Bahan-bahan:
1 bungkus mi kuning
1 mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
2 biji telur
Cili sos cap mudim
Sos caramel
Kicap manis enaq
Sos tiram
Bawang putih dan merah
Cili padi diketuk
Sedikit garam
Tauhu goreng
Ayam, udang, sotong
Tomato, sayur kubis, tauge, sayur sawi
Cara penyediaan:
- Mi kuning dicelur dulu dengan air panas.
Kemudian panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yang ditumbuk, masak sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
- Seterusnya baru masukkan ayam, udang dan tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel.
- Gaul sekejap, tambah air sikit, masukkan sedikit garam.
- Kemudian masukkan mi kuning, masukkan semua jenis sayur yang ada dan pecahkan telur 2 biji.
- Gaul semuanya sampai masak.
* Kredit: HomemadeByRoselyza