BAGI sesiapa yang teringin nak rasa kuih kuba guling yang viral tu tapi kurang berani nak guna arang tempurung, bolehlah tukar guna air daun pandan. Kuih ni lebih kurang kaswi dan sesuai dihidangkan sebagai sajian pencuci mulut.
Bahan-bahan:
250gm tepung beras
150gm tepung jagung
50gm tepung pulut
250 gm gula
2.5 liter air yang dicampur dengan pati pandan
1 kotak kecil santan kara
Sedikit garam
1/2 sudu kapur makan
Cara penyediaan:
* Bancuh sebati kesemua bahan. Masak diatas api sederhana hingga nampak adunan jadi jernih berkilat.
* Biar sejuk. Potong dan gulingkan diatas kelapa parut yang dah digaul sedikit garam.
* Kredit: Amy Aziz Mohamed via MAHN