BAGI penggemar makanan laut, apa kata cuba resipi ketam masak bawang putih yang enak. Ia amat mudah disediakan lebih-lebih lagi untuk hidangan berbuka puasa. Cubalah!
Bahan-bahan:
2 ekor ketam - dibelah 2
1 biji bawang besar ditumbuk halus
1 biji cili besar ditumbuk halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos bawang putih
1 biji telur dikucai
1/2 sudu teh air perahan lemon
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Tumis semua bahan yang ditumbuk halus tadi sehingga naik bau wangi.
- Kemudian masukkan ketam dan semua bahan kecuali telur.
- Masak dalam anggaran 5 minit kemudian masukkan telur dan gaul sekata sehingga ketam agak masak.
- Dah siap boleh dihidangkan.
*Kredit: Facebook Ummu Amani