SUP gear box TSE adalah antara sajian istimewa untuk berbuka puasa di Hotel VE. Sebenarnya cara penyediaan resipi ini mudah sahaja. Untuk memastikan keenakan sup gear box ini, anda perlulah menggunakan tulang lembu segar. Apa kata cabala resipi ini untuk dinikmati seisi keluarga selepas penat berpuasa seharian.
Bahan-bahan:
100 gram bawang merah yang dikisar
80 gram pes halia dan bawang putih
1/2 sup bunjut
70 gram serbuk sup
15 gram serbuk kunyit
20 gram saderi Cina
50 gram bawang merah kering
50 gram kentang lenyek
5 tulang gear box
Cara penyediaan:
1) Pertama sekali, belah tulang tersebut dan ketepikan dahulu.
2)Kemudian, tumiskan campuran bawang merah, halia dan bawang putih diikuti serbuk sup. Tumis sehingga wangi.
3)Selepas itu, masukkan air panas, sup bunjut, saderi Cina dan tulang. Biarkan ia mendidih.
4)Kemudian, masukkan bawang merah kering dan serbuk kunyit. Masukkan juga kentang lenyek.
5)Perasakan secukupnya dan sedia untuk dihidang.