SAJIAN cumi kandar adalah sotong yang dimasak menggunakan rempah nasi kandar. Ia adalah hidangan utara yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Jika anda bercadang ke pasar basah, bolehlah beli sotong segar dan cubalah resipi mudah ini.
Bahan-bahan:
1kg sotong
80 gram pes bawang merah
60 gram pes halia
8 gram halba
8 gram mustard
8 gram jintan
40 gram pes cili kering
50 gram serbuk kari ikan
60 ml air asam jawa
8 gram daun kari
Cara penyediaan:
1)Mula-mula, bersihkan sotong dan potong kepada lima bahagian.
2)Tumiskan bawang merah, halia, bawang putih, halba, benih mustard, jintan, pes cili kering, serbuk kari ikan dan daun kari sehingga naik aroma.
3)Kemudian, gaul sebati bersama sotong dan air asam jawa.
4)Seterusnya, masak sehinga kuah menjadi pekat.
5)Akhir sekali, perasakan secukupnya sehingga masak dan ia sedia untuk dihidang.
* Kredit: Hotel VE