SOLOK ikan lebih kurang dengan solok lada cuma bezanya dalam resipi solok ikan ini diletakkan bersama daun kesum. Selalunya sajian negeri pantai timur ini enak dimakan bersama nasi kerabu.
Bahan-bahan:
Ikan kembung
2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
satu sudu kecil lada hitam
serai sebatang
daun kesum segenggam (hiris halus)
1 biji telur
garam gula
cili padi (ikut citarasa)
1 sudu tepung ubi **ni optional je tak nak bagi inti berderai.
Cara penyediaan:
- Cuci bersih ikan dan belah belakang, tulang dibuang.
- Lumur garam dan kunyit sikit.
- Tumbuk kelapa parut, lada hitam, bawang, serai, daun kesum dan cili padi.
- Gaul semua kemudian masukkan telur dan perasakan gula garam.
- Sumbat inti ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang banyak dalam kedaaan api
sederhana hingga keperangan.
- Balik-balikkan guna sudu, angkat dan toskan minyak.
* Kredit: Raja Amanina