PULAU PINANG: Institusi Pengajian Tinggi harus menjadi pemangkin kelompok utama ekonomi bagi menjana pembangunan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sektor pengajian tinggi mendapat peningkatan peruntukan 40 peratus untuk pembangunan bukan fizikal dengan penekanan diberikan kepada pembangunan intelektual."RMK-10 dilihat telah menyediakan iklim yang baik dan kondusif untuk sektor pengajian tinggi khususnya dalam soal pembangunan modal insan negara," katanya dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat di Perpustakaan di sini pada Selesa.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Omar Abdul Rahman. Katanya, transformasi harus dilakukan terutamanya di perpustakaan, yang sentiasa menjadi pusat membekalkan maklumat kepada para pelajar."Oleh itu, transformasi perpustakaan melalui teknologi maklumat perlulah dilakukan dengan terancang tetapi fleksibel dan pada masa yang sama menyokong secara prakmatik usaha kerajaan mewujudkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang bertaraf dunia," katanya.Tambahnya, pemantapan kecemerlangan graduan universiti dan pelajar sekolah amat bergantung kepada usaha perpustakaan mengambil pendekatan transformasi yang holistik, berstruktur dan strategik."Dengan transformasi tersebut, kita akan mampu mencapai matlamat untuk meletakkan negara kita sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan berupaya mengeluarkan modal insan bermentaliti kelas pertama," katanya. -BERNAMA