suria

Program Ziarah Ramadan Bantu Pelajar UPM

Nik Mustapha R. Abdullah (dua dari kanan) bersama Halim Saree (kanan), B.B Atika Yusof dan Ramadhan Muntaha (paling kiri) selepas majlis penyampaian bantuan di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

SERDANG: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM baru-baru ini menyampaikan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar miskin UPM menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Seramai 17 orang pelajar yang kurang bernasib baik menerima bantuan zakat RM1,000 berserta barangan dapur bernilai RM200 melalui program Ziarah Amal Ramadan.

Program bertujuan membantu pelajar dan keluarga mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna.

Buat permulaan, tiga pelajar dari Sabah dan Sarawak yang tidak pulang berhari raya kerana kesempitan wang menerima bantuan berkenaan terlebih dahulu.

Sementara baki 14 pelajar lagi akan dihantar oleh wakil BHEP ke rumah pelajar terbabit di kampung masing-masing.

Salah seorang penerima, B.B Atika Yusof, pelajar Sarjana Muda Pendidikan Sains Rumah Tangga dari Tawau, Sabah berkata, sumbangan itu adalah kali pertama yang diterimanya.

“Saya bersyukur kerana UPM mengambil berat terhadap kami yang susah,” katanya.

Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Moral, Ramadhan Muntaha pula berkata beliau bersyukur kerana terpilih daripada ramai pelajar yang memohon bantuan.

“Saya berharap sumbangan ini boleh membantu bapa saya yang berpendapatan sebanyak RM150 sebulan sebagai petani,” katanya yang berasal dari Kota Belud, Sabah.

Artikel Lain