suria

MoU Antara Politeknik Dan Pihak Industri

KANGAR: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Sabtu menjalin memorandum persefahaman (MoU) dengan Asian Composite Manufacturing Sdn Bhd (ACM).

Ia ditandangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia, Md Nor Yusof manakala ACM diwakili oleh Pengurus Besarnya, Robert Moray.

"MoU ini memberi petunjuk kepada pengiktirafan terhadap nilai kerjasama di kalangan pendidik, pengamal industri dan organisasi pendidikan dan semua ini adalah untuk kebaikan generasi muda," kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abdul Rahman di majlis tersebut.

Menerusi MoU itu, tujuh pelajar tahun akhir dari kedua-dua politeknik akan menjalani latihan selama enam bulan di ACM yang terlibat dengan kegiatan pembuatan komponen pesawat udara di Bukit Kayu Hitam, Kedah. - BERNAMA

Artikel Lain