KUALA LUMPUR: Penuntut ijazah sarjana Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), salah sebuah daripada universiti swasta terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai ijazah MBA pengkhususan tinggi selain dalam Kewangan Islam Global, kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada program International Business School Alliance (IBSA).IBSA, yang diasaskan pada 2003, merupakan sebuah rangkaian yang berkembang dinamik menawarkan ijazah sarjana berganda dan merupakan satu perkongsian antara tujuh buah universiti dari seluruh dunia menawarkan pengkhususan tersendiri.“Perintisnya ialah Amerika Syarikat dan Jerman dan kami pula menyertai konsortium ini dua tahun yang lepas,” kata Sekutu Akademik dan Pengarah Program MBA Global UniRazak Prof Dr Barjoyai Bardai kepada Bernama.Anggota-anggota lain konsortium ini termasuk Bremen University of Applied Sciences, Jerman (pengkhususan: Logistik Antarabangsa dan Pengurusan Rantaian Bekalan), University of North Carolina, Wilmington, Amerika Syarikat (Kewangan Antarabangsa dan Pelaburan), Advancia-Negocia, Perancis (Pembangunan Perniagaan Antarabangsa), Universitat de Valencia, Sepanyol (Pemasaran Antarabangsa), University of Hertfordshire, United Kingdom (Pengurusan Sumber Manusia) dan Sekolah Perniagaan Antarabangsa, Russia (Pengurusan Antarabangsa Ekonomi-ekonomi dalam Peralihan dan Pasaran Sedang Muncul).Malaysia merupakan satu-satunya negara untuk turut serta dalam program-program IBSA di Asia. Terdapat rancangan untuk memperluas IBSA ke Amerika Selatan, China dan Jepun.KURSUS-KURSUS TERAS BERSAMA Di bawah IBSA, kesemua universiti bekerjasama untuk menawarkan program khusus dengan sukatan kursus yang sama ditawarkan oleh kesemua universiti ini pada semester pertama.Bermula semester kedua penuntut boleh memulakan pengkhususan yang ditawarkan oleh setiap universiti dan di semester terakhir mereka perlu menyiap dan mengemukakan kertas projek untuk ditawarkan ijazah oleh kedua-dua universiti.Para penuntut yang berdaftar dengan UniRazak pada semester pertama boleh merancang untuk mengkhusus dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh konsortium itu selain daripada Kewangan Islam Global di semester kedua dan ketiga di mana-mana universiti itu.Ketiga-tiga semester boleh ditamatkan dalam tempoh 12 bulan.“Sebagai contoh, kami mempunyai seorang penuntut dari Mexico. Beliau menghabiskan semester pertama di Bremen, dan kemudian datang ke sini untuk mengkhusus dalam Kewangan Islam Global. Buat masa ini beliau berada di Mexico untuk menjalankan penyelidikan,” kata Barjoyai.Di akhir pengajian itu, para penuntut akan menerima ijazah sarjana berganda – satu daripada universiti di mana mereka menghabiskan semester pertama, dan sebuah lagi daripada universiti di mana mereka menjalani pengkhususan.Ini mungkin kerana pemindahan kredit antara program-program universiti, jelas Barjoyai.TREND SELURUH DUNIA Aliran dalam pembelajaran global kini adalah kerjasama antara universiti-universiti untuk menawarkan program-program bersama yang membenarkan pembelajaran dalam persekitaran global yang kompetitif dan pada masa yang sama menimba pengalaman merentasi pelbagai budaya.“Selaras dengan aliran semasa dalam pendidikan global, kami juga meninjau kemungkinan untuk memperluaskan inisiatif-inisiatif seperti ini bagi program sarjana dengan universiti-univeriti lain,” katanya. KURSUS DINAMIK Universiti-universiti yang mengambil bahagian bertemu dua kali setip tahun untuk membincangkan pembangunan kurikulum, pentadbiran serta aspek strategik yang lain.Kesemua kursus teras dibangunkan bersama untuk menunjukkan persekitaran perniagaan global yang dinamik.Kursus-kursus khusus ini akan dibangunkan oleh setiap institusi rakan berdasarkan kepada kepakaran masing-masing.“Bagi saya program ini merupakan satu gerbang ke universiti-universiti global. Sebagai contoh, penuntut yang mahu ke Amerika Syarikat mengikut laluan lazim perlu menduduki GMAT, GRE, dan TOEFL dan mereka hanya boleh memohon jika mendapat markah yang baik.“Tetapi bersama rangkaian IBSA dan standard pengambilan penuntut yang seragam, seorang penuntut boleh diterima masuk ke mana-mana satu daripada universiti rakan termasuk UniRazak dan belajar Kewangan Antarabangsa di Amerika Syarikat. Syarat masuk seragam memudahkan kemasukan ke universiti-universiti rakan,” tambah Barjoyai.PROGRAM-PROGRAM CERUK Sementara itu, MBA dalam Kewangan Islam Global yang ditawarkan oleh UniRazak menerusi rangkaian IBSA merupakan yang pertama seumpamanya daripada segi pengalaman pembelajaran antarabangsa di negara rakan universiti dan UniRazak di Malaysia.“Kami memilih Kewangan Islam sebagai pilihan kepada pengkhususan lain memandangkan Malaysia merupakan perintis dalam hab kewangan Islam, bersama kepakaran tempatan dan institusi untuk menyokong kami,” jelas Barjoyai.MBA dalam Kewangan Islam Global merupakan sebuah program berorientasi industri, bersama input industri yang relevan pasti menjadi tarikan kepada para profesional dan pakar industri oleh kerana bentuk unik program itu serta pembangunannya.Para penuntut dijangka menjalankan projek penyelidikan berkaitan dengan industri yang berkenaan sebagai sebahagian daripada desertasi mini mereka.“Bersama tawaran pengkususan ini, UniRazak berharap untuk menggamit mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat kewangan Islam menerusi pendedahan dalam program graduan antarabangsa," katanya.UNIVERSITI BUTIK Sebagai universiti butik, UniRazak menawarkan program ijazah khusus sebagai tawaran akademik ceruk di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan.Ia juga menempatkan program ini sebagai sebagai sebuah program tambah nilai tinggi bagi mereka yang belajar sendiri dan mereka yang bersemangat keusahawanan dan sedia berinovasi untuk berada di hadapan.Eksekutif-eksekutif berpotensi tinggi daripada industri merupakan sasaran program ini.Pada masa yang sama kakitangan akademik berkelayakan tinggi dan para profesional yang mengajar mereka disediakan untuk berkongsi pengalaman akademik dan industri.Bersama ijazah berganda, pengalaman belajar merentasi budaya, dan pengetahuan khusus yang diperolehi menerusi MBA, termasuk program MBA Kewangan Islam Global di UniRazak, penuntut dikenakan yuran dalam matawang Euro yang mampu bagi mereka yang mahu melabur dalam pendidikan berkualiti tinggi.Program-program khusus MBA lain yang ditawarkan oleh UniRazak adalah MBA dalam Perucitan dan Pasaraya Hiper - sebuah program khusus yang disediakan untuk menampung keperluan para eksekutif dan pengurus dalam kedua-dua sektor ini, MBA dalam Pengurusan Khidmat, dan MBA dalam Kepimpinan yang membantu mengurus bakat korporat dan barisan pelapis.