suria

UTAR Tuan Rumah PIERS 2012

PETALING JAYA: Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mewakili Malaysia sebagai tuan rumah kepada Simposium Kemajuan dalam Penyelidikan Elektromagnetik (PIERS) ke-31 pada 27 sehingga 30 Mac ini.

Simposium yang sedang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa di Subang Jaya, merupakan julung-julung kalinya selepas ia diadakan sebanyak 30 kali di beberapa negara seluruh dunia.

“UTAR amat berbangga kerana diberi peluang menjadi tuan rumah PIERS yang pertama kali dianjurkan di Malaysia,” kata Presiden UTAR, Datuk Dr Chuah Hean Teik.

Beliau yang juga Pengerusi PIERS 2012 Kuala Lumpur berkata, simposium itu akan dihadiri lebih 500 peserta dan pembentang dari 49 negara.

PIERS merupakan simposium yang menyediakan forum antarabangsa untuk membincangkan kemajuan dalam teori elektromagnetik dan aplikasi baru.

Ini termasuk menarik bidang-bidang seperti spektrum yang terdiri daripada statik kepada frekuensi radio, gelombang mikro dan fotonik.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai radiasi, perambatan, pembelauan, penyebaran, kuasa, tenaga dan isu-isu daya serta perkembangan terbaru berkaitan.

PIERS diasaskan oleh mendiang Profesor Jin Au Kong dari Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat.

Simposium itu pertama kali diadakan pada tahun 1989 di Boston, Massachusetts.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain