Pengarah, Asian Centre Research on Drug Abuse (ACREDA) USIM, Dr Mohamad Isa Amat, berkata seminar yang bertemakan Smart partnership with drug prevention, treatment and rehabilitation in the new millenium ini melibatkan semua pihak termasuk agensi pemulihan dan rawatan pencegahan dadah, pelajar universiti, pusat rawatan alternatif, badan kerajaan dan orang awam.
"Saya berharap penganjuran PREVENT 2016 buat julung kalinya anjuran USIM dan pihak polis dapat memberikan input menyeluruh berkaitan penyalahgunaan dadah agar dapat menyedarkan masyarakat dalam usaha menentang musuh nombor satu negara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.
Tambah beliau, program itu juga merupakan platform untuk menggerakkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membasmi dadah yang semakin menular terutamanya kepada generasi muda,” katanya.
Program yang akan diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.