suria

Ponggal diharap bawa lebih rezeki tahun ini

Pesta Ponggal atau perayaan menuai ini disambut masyarakat India sebagai tanda berterima kasih kepada Dewa Matahari (Sooriyan) kerana usaha mereka telah membuahkan hasil. Foto BERNAMA.
Pesta Ponggal atau perayaan menuai ini disambut masyarakat India sebagai tanda berterima kasih kepada Dewa Matahari (Sooriyan) kerana usaha mereka telah membuahkan hasil. Foto BERNAMA.
Pesta Ponggal atau perayaan menuai ini disambut masyarakat India sebagai tanda berterima kasih kepada Dewa Matahari (Sooriyan) kerana usaha mereka telah membuahkan hasil. Foto BERNAMA.

PULAU PINANG: Pagi iniR.Subramaniam dan keluarga bangun lebih awal daripada biasa untuk menyambut perayaan Pesta Ponggal walaupun mereka tidur agak lewat malam tadi untuk melakukan pelbagai persiapan dan menghiasi halaman rumah dengan mengikat batang tebu, daun mangga dan membuat lukisan kolam.

Dengan berpakaian serba baru dan berwarnawarni, beliau dan isteri serta tiga anak mereka memulakan perayaan Pesta Ponggal atau pesta menuai dengan bersembahyang sambil menunggu waktu yang sesuai untuk memulakan upacara memasak susu dalam periuk tanah di halaman rumah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Dewa Matahari atau Sooryan yang telah memberi rezeki.

Walaupun keadaan ekonomi dunia agak tidak menentu ketika ini, keluarga penternak lembu itu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh selama ini dan berdoa agar rezeki mereka melimpah ruah pada tahun ini dan tahuntahun mendatang.

Ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, di sini, Subramaniam berkata saat yang paling baik untuk memulakan upacara Ponggal ialah ketika matahari sedang meninggi iaitu sekitar 10.30 pagi bagi memohon keberkatan.

Apabila waktu itu tiba, seluruh keluarga penternak lembu itu berkumpul di keliling periuk tanah untuk menunggu susu yang dimasak mendidih dan melimpah keluar.

Sebaik susu melimpah dari periuk tanah, mereka bersorak "Ponggallo Ponggal" sambil memasukkan beras dan gula ke dalam periuk berkenaan untuk dijadikan manisan bagi dihidangkan kepada Dewa Matahari.

"Selain beras yang dimasak dengan susu dan gula, kita juga menghidangkan beberapa manisan lain seperti 'laddu' dan 'jalabi' serta buahbuahan kepada Dewa untuk ucapkan terima kasih," katanya.

Sambil mengusap kepala seekor lembu ternakannya, Subramaniam menerangkan bahawa perayaan Ponggal disambut selama tiga hari sebagai ritual untuk memohon keberkatan sama ada untuk keluarga, binatang ternakan mahupun anak gadis agar mendapat rezeki dan masa depan yang lebih baik.

"Esok, kita akan sambut 'Mattu Ponggal' sebagai mengucapkan terima kasih kepada binatang ternakan, iaitu lembu, yang banyak berjasa untuk memberikan hasil kepada kita.

"Selepas membersih dan menghiasi lembu dengan kalungan bunga malai serta mewarnakan tanduknya, upacara memasak susu dalam belanga akan diadakan di hadapan kandang ternakan itu dan beras yang dimasak dengan susu itu akan dihidangkan kepada lembu itu," katanya. Acara yang tidak kurang istimewanya ialah "Kanni Ponggal" yang diadakan untuk mendoakan kesejahteraan anakanak gadis agar mereka mendapat jodoh yang baik dan hidup bahagia, katanya.

"Acara ini disambut pada hari ketiga selepas perayaan Ponggal dan anakanak gadis yang memakai pakaian baru dan cantik serta dihiasi dengan barang kemas memasak sendiri susu dan beras dalam periuk tanah," katanya.

Selepas upacara itu, mereka akan mengunjungi kuilkuil berhampiran untuk bersembahyang dan berdoa agar mendapat jodoh yang baik.

Subramaniam berkata penduduk Kampung Buah Pala merayakan Pesta Ponggal sejak 1978 lagi dan hampir setiap tahun, pesta itu disambut meriah di situ.

Bagi tahun ini, acara peringkat kampung itu akan diadakan pada 18 Jan ini dan beberapa acara telah disusun untuk memeriahkannya, antaranya pertandingan menghias kereta lembu, menangkap lembu dan tarian tradisonal India.

Pesta kali ini dijangka dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

The life of Yunus the dhobi man

Artikel Berikut

Artikel Lain