"Oh Tuhan, Oh Tuhan, Oh Tuhan".Rintihan ini datang dari seorang wanita yang terbaring di katil. Sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa dan keadaan kemudiannya menjadi sepi. Wanita itu tertidur.Di satu babak yang lain, wanita yang kelihatan tidak bermaya menyalakan lilin dan membakar setanggi. Anak perempuannya berdiri di sebelahnya, dan kedengaran dia bersuara, "Cukuplah hukuman tuhan ke atas diriku".Seketika, dia meniup api lilin dan berkata dia rasa sihat sedikit. Suasana kediaman wanita ini begitu muram, menambah perit penderitaan yang ditanggungnya serta keluarga.Wanita itu, Lei Mei, menghidap AIDS sementara suaminya, seorang petani, Ma Shengyi dan dua daripada tiga anak mereka ialah positif HIV.Anak sulung mereka, seorang perempuan bagaimanapun tidak dijangkiti penyakit berbahaya itu. Dia yang bersekolah, banyak membantu bapanya menguruskan rumah, serta menjaga dua adiknya.Kisah benar penderitaan keluarga yang hidup dengan HIV ini digambarkan menerusi satu dokumentari 88 minit bertajuk "To Live Is Better Than To Die" (dengan sari kata Bahasa Inggeris) dan siap untuk tayangan pada 2003.Dokumentari ini ditayangkan di 120 buah negara pada sambutan Hari AIDS Sedunia 2006.Pengarah dokumentari ini, Weijun Chen menayangkan sebahagian daripada dokumentari ini bagi tontonan peserta Seminar Pemimpin Media mengenai HIV dan AIDS di Beijing pada 23-24 April lepas.SECEBIS KISAHMeskipun menonton hanya sebahagian daripada dokumentari ini kerana masa yang terhad, kesempatan melihat sendiri kesengsaraan hidup yang membelenggu kehidupan keluarga Cina ini akibat HIV dan AIDS amat menyentuh perasaan.Semasa sesi Soal-Jawab, Weijun Chen memberitahu peserta seminar bahawa beliau membuat dokumentari itu kerana mahu mengetengahkan azab kehidupan akibat HIV dan AIDS.Menurut Weijun Chen, untuk menyiapkan dokumentari itu, beliau menghabiskan masa hampir setahun dengan keluarga berkenaan yang tinggal di Wenlou, Wilayah Henan (China Tengah).Ini kerana beliau mahu merakam sebanyak mungkin detik kehidupan seharian keluarga petani itu yang penuh dengan kedukaan dan air mata.Dengan dokumentari itu juga, beliau berharap dapat mencetuskan perasaan empati untuk orang yang hidup dengan HIV dan AIDS (OHH).Beliau kemudian mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan kerja menyunting dokumentari berkenaan.Menurut Weijun Chen, beliau ditahan tiga kali sepanjang tempoh untuk menyiapkan dokumentari ini kerana melanggar arahan pihak berkuasa yang melarang orang luar daripada memasuki Wenlou.Bagaimanapun, katanya, sekatan itu tidak lagi berkuatkuasa sekarang.Menurut Weijun Chen, hampir kesemua penduduk kampung Wenlou dijangkiti HIV.Apa yang berlaku, jelasnya, pada lewat 1980an dan awal 1990an, terdapat kegiatan menjual darah secara besar-besaran dalam kalangan penduduk miskin kampung Wenlou.Kesempitan hidup membuatkan mereka sanggup menjual darah untuk menambah pendapatan. Tahap sanitasi yang lemah membuatkan mereka kemudian dijangkiti HIV.Weijun Chen turut memberitahu bahawa lima orang penduduk Wenlou meninggal dunia akibat AIDS selepas dokumentari itu dibuat. Wanita di dalam dokumentari itu juga sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan suaminya untuk meneruskan kehidupan dan menjaga ketiga-tiga anak mereka.Katanya nasib penduduk kampung Wenlou yang lain buat masa ini "OK" dengan adanya rawatan asas dan percuma yang diberikan kerajaan tempatan.BAR MSMJika di sebelah siang 24 April, kami menonton dokumentari bagaimana HIV dan AIDs menghancurkan kehidupan sebuah keluarga petani yang miskin di China, di sebelah malam 23 April, kami dibawa ke sebuah bar MSM (lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki).MSM ialah istilah yang lebih disenangi komuniti ini berbanding 'gay' atau homoseksual.Kami ke bar berkenaan menaiki bas yang disewa penganjur seminar. Hujan daripada subuh masih berterusan hingga ke malam. Hujan renyai pastinya menjadikan suasana malam lebih dingin.Pemandu bas seperti tidak tahu di mana lokasi bar berkenaan kerana dia memandu berpusing-pusing di tempat yang sama beberapa kali dan mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke destinasi.Bar itu, saya dapat tahu kemudian, sebenarnya terletak hanya kira-kira 10 km daripada pusat bandar, di kawasan yang bernama Dongcheng.Apabila kami tiba di destinasi, jarum jam menunjukkan hampir 8:30 malam. Udara malam yang disulami hujan renyai begitu dingin, menusuk hingga ke tulang ketika kami mula berjalan ke sebuah bangunan yang tangganya diperbuat daripada kaca.Seorang lelaki yang memegang walkie-talkie membawa kami menaiki tangga ke tingkat atas, melepasi beberapa buah bilik kecil. Bilik di mana kami akhirnya dipersilakan masuk mempunyai beberapa sofa, sebuah peti televisyen yang menyiarkan program kartun dan juga sebuah komputer meja.Terdapat beberapa orang lelaki berdiri di tepi bar. Di atas meja terdapat beberapa naskah majalah 'gay', risalah mengenai penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS serta kondom.Apabila kami semua telah duduk, seorang lelaki yang membawa karung plastik mendatangi kami dan meminta kami mengambil 'isi' karung plastik. "Ambil...tolong ambil...berikan kepada kawan-kawan anda di pejabat," katanya, sambil menyuakan karung plastik kepada kami dan selepas teragak-agak seketika, beberapa orang daripada kami mengambilnya.(Isi kandungan karung ialah kondom)PANGGIL SAHAJA 'COMRADES'Beberapa lelaki berdiri di bar, berusia dalam lingkungan 20an dan awal 30an, secara bergilir-gilir berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai MSM, HIV dan AIDS.Di antara mereka editor majalah gay, pekerja untuk sebuah yayasan kanak-kanak dan sukarelawan untuk sebuah kumpulan MSM.Dengan Kelvin Xue, dari pejabat UNAIDS di Beijing bertindak sebagai jurubahasa, pertemuan itu memberikan kesempatan mendapatkan beberapa maklumat mengenai kehidupan MSM di China.Mereka ini lebih senang dengan istilah "comrades" sesama mereka dan kebanyakan inisiatif yang dibuat berkisar kepada kerja-kerja sokongan meliputi tempat termasuk bilik mandi awam serta pub di samping mengedar kondom dan risalah untuk melindungi diri daripada HIV dan AIDS.Menjadi misi mereka juga untuk meninjau keperluan "comrades" yang lain.Seorang daripada lelaki itu berdiri di bar membuat pengakuan bahawa dia terpaksa menyembunyikan rahsia status 'MSM'nya daripada pengetahuan majikan dan rakan sekerjanya kerana bimbang dibuang kerja."POSITIVE TALKS"Dalam pertemuan secara berdepan dengan dua orang OHH di hari kedua seminar, sekali lagi isu stigma dan diskriminasi menjadi fokus perbincangan.Kedua-dua OHH ini, Bei Fang, 40, dan He Tiantian, 35, adalah sukarelawan utama "Positive Talks", projek yang dirintis untuk meningkatkan kesedaran terhadap HIV dan AIDS dalam kalangan masyarakat umum di China di samping mengurangkan diskriminasi.Projek ini juga dijangka dapat memberi sumbangan besar kepada pencegahan dan kawalan epidemik HIV di China.Dengan sokongan UNAIDS dan UNDP (Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu), ia juga melebarkan sayap operasinya ke Hong Kong."Mereka yang positif HIV terpaksa menanggung bahang stigma dan diskriminasi daripada masyarakat. Di sini saya mendedahkan status HIV saya kerana saya rasa dihormati."Sesetengah OHH tidak mahu macam mana hendak menangani stigma sehingga mendorong mereka untuk menyembunyikan diri mereka, kata Bei Fang.Menurut beliau, satu daripada kesulitan yang terpaksa ditanggung OHH ialah untuk mendapatkan kemudahan pembedahan kerana mereka juga boleh mendapat cedera daripada kemalangan atau kecederaan lain."Setakat ini sukar untuk mereka mendapatkan pembedahan. Menerusi Positive Talks, kami berusaha sedaya upaya kami untuk menyelesaikan masalah ini," kata Bei Fang, dengan menambah, beliau berharap media akan mencetuskan lebih banyak kesedaran mengenai HIV dan AIDS bagi mengurangkan stigma dan diskriminasi.Sambil mengakui bahawa beliau memang gelisah apabila didapati positiv HIV tiga tahun lalu, Bei Fang berkata "ia tidak seteruk mana berbanding cabaran-cabaran lain yang terpaksa dilalui dalam hidup. HIV hanya sejenis penyakit, ia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal."Dengan moto kehidupan, 'orang yang kecil pun boleh membuat kejutan yang bermakna", beliau berkata kesihatan dirinya membolehkan beliau tidak mengambil sebarang rawatan dan mungkin boleh bertahan lapan tahun atau lebih daripada sekarang.Di samping membuat kerja sukarelawan untuk Positive Talks, Bei Fang juga turut aktif memberi sokongan psikologi untuk OHH di Hospital Youan, Beijing.KISAH TIANTIANBuat diri He Tiantian, dia terbabit secara aktif dalam program HIV dan AIDS bermula 2006. Fokusnya kini ialah menubuhkan rangkaian kerja secara 'online' untuk memberi sokongan kepada wanita yang hidup dengan HIV serta anak-anak mereka.Dia turut memberi ceramah di sekolah, kolej dan universiti di seluruh China. Berbanding dengan Bei Fang yang kelihatan lebih yakin dan cerita berhadapan dengan media, Tiantian tampak tidak selesa di awal sesi perjumpaan.Keadaan dirinya itu terjawab apabila dia menceritakan beberapa kejadian yang tidak menyenangkan yang ada hubungan dengan media."Selepas satu wawancara tahun lalu, saya berjabat tangan dengan seorang wartawan. Saya dapat tahu kemudian wartawan itu mencuci tangannya selama lima minit selepas balik ke rumah."Bagi saya itu sesuatu yang tak masuk akal tapi saya tak salahkan dia. Cuma yang saya fikirkan ialah mengapa, dengan begitu banyaknya laporan mengenai HIV dan AIDS, pemberita itu masih curiga?"Foto saya berjabat tangan dengan pengerusi sebuah syarikat turut diterbitkan selepas wawancara itu, yang jelas menunjukkan wajah saya. Saya begitu tertekan dengan apa yang berlaku," jelas Tiantian.Sebelum itu, tambahnya, dia juga menyertai satu program televisyen tetapi doktornya telah melindungi identiti beliau dengan menutup semua lampu di bilik temu ramah itu diadakan.Penonton, katanya, hanya boleh melihat tangannya. Selepas program itu disiarkan, kata Tiantian, tidak seorang pun daripada keluarga atau rakannya mengaitkan beliau dengan program television itu."Program itu bukan keseluruhannya mengenai diri saya. Doktor saya lebih banyak bercakap mengenai keadaan kehidupan OHH," kata Tiantian yang moto hidupnya, 'Meskipun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, kita perlu menggunakan sebaiknya masa yang kita ada.'STATISTIK YANG MENGGEMPARKANHIV mula merebak di China pada awal 1980an. Sehingga Disember 2007, terdapat kira-kira 700,000 OHH di China, bertambah 50,000 dari Disember 2005.Perangkaan ini terkandung di dalam Laporan ringkasan CHAMP (China HIV/AIDS Media Partnership) 2008 KAB/P (Knowledge, Attitudes, Behaviours and Practices).Menurut kajian CHAMP, transmisi utama untuk infeksi baru ialah penyalahgunaan dadah dan seks.Berdasarkan perangkaan UNAIDS yang terdapat dalam Panduan Media HIV/AIDS (Bahagian 1), diterbitkan oleh Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) pada 2006, diramalkan China akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 juta infeksi menjelang 2010 sekiranya usaha mencegah tidak dijalankan serta-merta.Di peringkat global, lebih dari 38 juta orang hidup dengan HIV dan AIDS.UNAIDS, program bersama Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV dan AIDS, berpejabat di Geneva, Switzerland, membuat anggaran akan terdapat 45 juta kes baru menjelang 2010 sekiranya tidak ada lebih banyak usaha pencegahan dilakukan.Katanya, seorang dijangkiti HIV setiap enam saat dan kira-kira satu pertiga daripada mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS berusia antara 15 dan 24 tahun.Pada 2005, 2.3 juta kanak-kanak di bawah usia 15 hidup dengan HIV dan AIDS.Bahagian Sab-Sahara Afrika, yang didiami kira-kira 10 peratus penduduk dunia, mempunyai hampir 64 peratus infeksi HIV dunia.Menurut UNAIDS, sejak HIV ditemui pada 1981, lebih daripada 25 juta orang maut akibat AIDS, menjadikannya 'satu daripada epidemik paling memusnah dalam catatan sejarah!" - BERNAMA