PULAU Tioman, yang sememangnya terkenal dalam persada industri pelancongan dunia, kini boleh berbangga dengan tarikan barunya iaitu penyu. Keindahan pulau itu yang dikaitkan dengan lagenda sepasang naga itu bukan sahaja menjadi tarikan kepada mereka yang mahu menyatukan diri dengan alam semulajadinya, malah pulau itu turut menjadi tarikan reptilia marin penyu agar (Chelonia Mydas) dan penyu karah (Eretmochelys Imbricata) untuk kesinambungan spesiesnya.Pada tahun lepas, sebanyak 90 sarang telur kedua-dua jenis penyu tersebut berjaya direkodkan dan 60 peratus daripadanya menetas dengan selamat.Menyedari pentingnya usaha memulihara spesies terancam itu, sebuah lagi pusat pemuliharaan dan penetasan penyu spesies agar dan karah telah dibina dengan kos sebanyak RM25,000 di pantai Teluk Sri Intan, di pulau berkenaan.KESESUAIAN PANTAIMenurut Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Ayob, lokasi terbaru berkenaan di pilih Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) berdasarkan kesesuaian pantainya yang sering menjadi tumpuan kehadiran penyu spesies berkenaan."Pusat ini diadakan supaya dapat menggiatkan aktiviti pemuliharaan penyu di Pulau Tioman dan seterusnya populasi penyu di pulau ini akan terus berkekalan dan bertambah.Menurut Junaidi pada lazimnya, musim pendaratan penyu berkenaan bermula Mac sehingga Oktober setiap tahun."Pihak kami juga berharap agar seluruh penduduk tempatan melibatkan diri dalam usaha pemuliharan penyu supaya ia berasa terjamin dan selamat untuk terus mendarat dan bertelur di setiap pantai di sini", katanya ketika ditemui baru-baru ini.Menurut Junaidi, pusat pemuliharaan terbaru berkenaan yang dinamakan "Tengku Arif Temenggung (TAT) Sanctuary Teluk Sri Intan", adalah pusat penetasan ketiga di pulau itu selepas Teluk Baruk dan Pasir Mentawak di Kampung Juara, Pulau Tioman.TAT SANCTUARY TELUK SRI INTANTAT Sanctuary Teluk Sri Intan diilhamkan oleh pihak Istana Pahang sebagai usaha untuk memulihara reptilia marin itu daripada diancam kepupusan.Sehubungan JPM telah memberikan bantuan teknikal bagi menjayakan program-program pemuliharaan penyu di pulau berkenaan.Menurut Junaidi, dua ekor ibu penyu agar dan karah telah dicatatkan mendarat dan bertelur sebanyak 195 biji pada 27 April dan 7 Mei lepas dan ia ditanam di Pantai Teluk Sri Intan."Sebelum itu, sebanyak 1,800 biji telur penyu ditanam di lokasi berkenaan dan sebanyak 100 ekor anak penyu dilepaskan di perairan berkenaan," katanya.PEMULIHARAAN PENYUSebagai langkah pemuliharaan di pusat penetasan Teluk Sri Intan, telur penyu yang dihasilkan akan dipindahkan ke dalam kotak styrofoam (kotak berwarna putih) yang berisi pasir untuk dieramkan.Sebagai keselamatan, telur tersebut kemudian akan ditanam ke dalam sarang dengan kedalaman antara 45 sentimeter (cm) sehingga 60 cm.Sarang tersebut kemudian akan dikelilingi pagar dawai supaya anak tetasannya nanti selamat daripada ancaman pemangsa seperti biawak.Selepas itu, papan tanda di setiap sarang dengan bertulis spesies penyu, tarikh bertelur dan jumlah telur yang ditanam akan dipacakkan di setiap sarang bagi tujuan pengurusan.Akhirnya, dalam tempoh 45 sehingga 65 hari, telur-telur itu mula menetas dan anakanak penyu itu akan dilepaskan ke laut pada waktu malam bagi mengurangkan risiko ancaman ikan yu dan helang.Junaidi berkata pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa lagi lokasi yang berpotensi sebagai pusat pendaratan penyu di pulau itu."Lokasi terbabit ialah Pantai Pasir Munjur, Teluk Saing dan Teluk Penut, kita berharap usaha pemuliharaan spesies penyu ini akan menjadi tarikan baru di Tioman, kita juga amat berharap populasi reptilia marin tersebut dapat dipulihara sebaiknya untuk generasi akan datang", katanya.TAT Sanctuary Teluk Sri Intan itu telah dirasmikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 9 Mei lepas.Pada majlis berkenaan, Sultan Pahang turut berkenan menanam sembilan biji telur selain melepaskan sembilan ekor anak penyu di perairan yang sama. BERNAMA