DI Kampung Rotan Batu, dekat Ban Khai, 70 km dari sini, wujud sebuah petempatan yang lebih kecil tetapi tersusun dikenali sebagai 'Kampung Bujang' atau 'Bujae' dalam Bahasa Melayu loghat Pattani yang seakanakan Bahasa Melayu Kelantan.Di Kelantan perkataan 'bujae' itu bermakna janda atau ibu tunggal, ia juga memberi makna yang sama dalam masyarakat Melayu di Selatan Thailand.Bagi mereka yang bukan berasal dari Kelantan, perkataan itu bererti lelaki atau perempuan yang belum berkahwin.Kampung Bujang, yang kelihatan seperti sebuah kampung tersusun, menempatkan sebanyak 124 buah rumah yang dihuni lebih 300 orang.Di pintu masuk ke kampung ini, kelihatan ada kawalan tentera bagi memastikan keselamatan dan mengawasi tetamu yang tidak diundang."Jangan saja-saja datang nak mengganggu orang bujang di kampung ini," seloroh Penolong Pegawai Daerah Narathiwat, In On Ketamut, dalam Bahasa Melayu yang sama dengan loghat Kelantan kepada penulis ketika berkunjung ke kampung ini.Sambil terus meleretkan senyuman, pegawai wanita itu juga menunjuk ke satu arah di mana terletaknya kilang pembuatan barangan berasaskan seramik.DIBERI PILIHAN Ibu tunggal di kampung ini diberi pilihan untuk menceburi bidang yang mereka mahu bagi memperoleh sumber pendapatan seperti pembuatan seramik, tanaman cendawan, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan malah juga tanaman padi."Di sini kami bukan untuk menjadikan mereka kaya tetapi cukuplah untuk bujang (ibu tunggal) itu meneruskan kehidupan dan dapat membesarkan keluarga masingmasing," kata In On.Katanya jika ibu tunggal itu tidak dibantu kerajaan dikhuatiri mereka akan terbabit dalam kehidupan tidak bermoral terutama ke lembah pelacuran dan sebagainya bagi meneruskan hidup.In On berkata kampung ini wujud sejak lima tahun lalu dan bagi anak-anak yang bersekolah, kerajaan juga menyediakan sebuah bas khas bagi membawa mereka berulang alik ke sekolah secara percuma.TARIKAN PELANCONGKerana terkenalnya kampung ini, kerajaan Thailand menjadikannya satu tarikan pelancong ke Narathiwat."Anda perlu datang ke sini melihat bagaimana harmoninya penduduk kampung selain dapat melihat pekerjaan mereka yang rata-ratanya terdiri dari kalangan ibu tunggal yang dibantu anak-anak mereka," katanya.Menjelaskan lebih lanjut In On berkata kerajaan Thailand akan memasarkan produk yang dihasilkan ibu tunggal dan pendapatannya hasilnya akan diberi terus kepada mereka."Bujang ini juga boleh menjual terus kepada pembeli yang datang ke kampung terutama dalam kalangan pelancong," katanya.TERIMA KASIH Sarina Kuno, 34, bersyukur atas pengwujudan kampung ini kerana ia memberikannya rahmat bagi membesarkan tiga anaknya yang masih kecil."Suami dah mati. Saya di sini rasa gembiralah dapat kerja dan dapat besarkan anakanak," kata beliau.Menurut Sarina, jika ibu tunggal seperti dirinya tidak dibantu sudah tentu dirinya hidup dalam keadaan terumbang-ambing.Ketika penulis mengunjungi rumah Sarina yang dibina kerajaan, rumah papan dua tingkat itu kelihatan sangat selesa. Di ruang bawah tersedia ruang tamu manakala di bahagian atas pula menempatkan dua bilik tidur."Syukurlah dapat rumah macam ni. Ini sudah cukup baik dari apa yang saya dapat dulu," kata Sarina.Tania Kelian, 24, pula berkata kehidupannya kini jauh lebih baik apatah lagi merasa selamat bila ditempatkan di kampung ini dan memperoleh pendapatan sebanyak RM20 sehari bagi pekerjaan menanam sayur-sayuran di situ.Bagi ibu tunggal lima cahaya mata, Kheng Om, 54, yang mengusahakan sawah padi berkata dengan hasil tanaman padi, tiga anaknya telah ke luar negara melanjutkan pelajaran."Gembira kerana di sini dapat pitih (wang) lebih. Anak-anak pun dah pergi negara lain belajar," katanya.TEKNOLOGI BIO DIESEL Penulis juga tertarik dengan keupayaan anak-anak penduduk di sini yang berjaya menjadikan bahan buangan daripada minyak masak atau minyak lain diproses menjadi minyak untuk motosikal penduduk."Teknologi ini macam biodiesel dan bila bahan buangan itu diproses semula ia boleh membantu seperti dijadikan minyak motosikal," kata In On.Kampung ini juga mempunyai galeri seramik yang menjual cendera mata kepada pelancong.Pengalaman berada di kampung ini membuatkan penulis terfikir ketika melangkah keluar, tentang bagaimana kerajaan Malaysia boleh menjadikan contoh Kampung Bujang sebagai satu kaedah melindungi dan membantu ibu tunggal dan tanggungan mereka. -BERNAMA