suria

Menopaus Bukan Lagi Taboo

KAUM Hawa di Malaysia pada satu ketika dulu tidak kisah sangat atau jahil dalam halhal mengenai kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Dengan klinik kesihatan, persatuan penjagaan kesihatan, NGO dan spa kesihatan tumbuh bagaikan cendawan, ditambah pula dengan pelbagai seminar mengenai isu kesihatan spesifik seperti menopaus bagi wanita diadakan, pengetahuan dalam menjaga kesihatan secara optimum kini mudah diperoleh.

Satu seminar hujung minggu anjuran Persatuan Menopaus Malaysia di Subang Jaya barubaru ini menyaksikan kaum hawa berduyun datang ke dewan bankuet sebuah hotel, untuk mendengar sendiri perubahan emosi dan fizikal yang perlu dilalui oleh setiap wanita pada satu lagi era kehidupan mereka.

Ramai juga wanita yang ditemani suami masingmasing, bukan sahaja untuk menghulurkan sokongan moral tetapi kerana mereka juga perlu memahami pelbagai perubahan akibat menopaus yang akan dilalui isteri mereka.

Oleh itu seminar yang membincangkan pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan bertemakan "Transformation: Up & Down, In & Out," menarik kedatangan ramai warga wilayah tengah.

"Saya memilih untuk berada di sini pada Ahad untuk mengetahui lanjut akan kesihatan saya khususnya kesihatan tulang saya. Selain itu saya mahu terus kekal aktif," kata Alice Lim dari Subang Jaya, Selangor.

Wanita berusia 57 tahun ini, yang memakai trek sut dan kelihatan bertenaga dan berseri, percaya bahawa warga emas harus menghadiri seminar dan ceramah mengenai kesihatan.

Wanita yang putus haid menghadapi detik-detik perubahan mood yang ketara, keletihan, kenaikan berat badan, kemurungan, nafsu seks yang menurun, jisim otot dan tulang yang berkurangan. Bagi sesetengah mereka yang berasa takut akan menopaus dan tidak mengetahui keadaan sebenar boleh juga mengalami kemurungan.

Alice menambah kata sesi yang membincangkan isu berkaitan dengan kesihatan harus diadakan dengan lebih kerap dan secara berterusan memandangkan ia akan memanfaatkan semua hadirin yang berhasrat mengetahui lanjut akan kesejahteraan dan kesihatan mereka.

KESAN MENOPAUS

Alice berkata rakan-rakannya sehinggakan tidak dapat tidur kerana memikirkan mengenai menopaus yang mereka percaya satu pengalaman yang menakutkan, termasuk stres yang disebabkannya untuk tempoh yang agak lama.

Dan ini berpunca kerana kurangnya pengetahuan mengenai isu kesihatan ini yang tidak boleh dipandang remeh.

"Ada yang mengalami kemurungan yang teruk. Ia begitu drastik. Mereka sehinggakan percaya yang mereka sudah gila," jelas Alice lagi.

Bagi mereka yang mahu mengetahui lanjut akan kesan menopaus terhadap kehidupan harian, maklumat boleh diperoleh melalui internet, atau rakanrakan yang telah melaluinya dan juga melalui rencanarencana, selain daripada media elektronik.

Bagi Norzaimah Chik, yang tinggal di Kuala Lumpur, walaupun terpaksa datang jauh untuk menghadiri seminar itu, banyak manfaat yang diperolehnya dengan kehadiran beliau di situ.

"Kebanyakan orang tidak tahu akan fenomena menopaus, kesannya terhadap kehidupan mereka sebagai warga emas, sehingga mereka mula melalui antara kesan yang paling banyak diperkata. Kesan ini mungkin tidak mudah untuk ditangani," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap wanita daripada generasi baru lebih arif akan peringkat hidup ini. Generasi sebelum ini, tambah Norzaimah, kurang berpendidikan dan kurang kemahiran menggunakan komputer.

"Saya hanya menyaksikan program perubatan di televisyen untuk mendapatkan maklumat lanjut akan kesihatan saya, perubahaan dalam kesihatan semasa usia semakin lanjut dan cara menguruskan kesihatan secara positif, selain pemakanan yang sesuai untuk teruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya," kata Norzaimah sambil tersenyum.

KEKAL BERSAMA DI USIA EMAS

Satu pasangan mesra, Tan dan isteri datang bersamasama untuk mengetahui lanjut akan pengalaman sebagai warga emas khasnya daripada segi kesihatan.

"Saya menemani isteri untuk mendapatkan maklumat akan bahaya kanser servikal dan mengapa penting menjalani imbasan (scan) tulang pada peringkat umur ini," kata Tan sambil menoleh ke arah barisan panjang wanita yang menunggu untuk menjalani imbasan tulang secara percuma.

"Saya percaya sebagai suami-isteri kita perlu saling menemani satu sama lain dan warga emas harus diberi lebih banyak peluang seperti ini untuk mengetahui lanjut tentang kesihatan mereka.

"Ini akan membantu kita saling memahami satu sama lain dengan lebih baik dan hidup lebih bahagia di usia ini. Saya sebenarnya mendapat tahu mengenai seminar ini melalui sebuah iklan" tambah beliau, kali ini menoleh ke arah isterinya di barisan yang bertambah panjang.

Menopaus bukan lagi taboo memandangkan terdapat banyak ubatubatan yang terdapat hari ini supaya wanita dapat terus hidup selesa.

Sebenarnya ramai wanita yang menyuarakan rasa lega dengan era 'kebebasan' baru dalam kehidupan mereka dan berharap untuk terus menjaga kesihatan mereka melalui kesedaran yang lebih baik dan hidup sihat dan aktif sehingga akhir riwayat mereka.

Cuma ada satu nasihat, tambah wanita-wanita ini, peringkat menopaus ini bukannya sesuatu yang wanita perlu berasa malu.

Berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, belajar untuk menghadapinya, pastinya akan menjadikan kehidupan berkeluarga lebih bermakna. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain