suria

DAP Pilih Teo Nie Ching Tanding Kerusi Parlimen Kulai

Teo Nie Ching akan bertanding di kerusi Parlimen Kulai.
Teo Nie Ching akan bertanding di kerusi Parlimen Kulai.
Teo Nie Ching akan bertanding di kerusi Parlimen Kulai.

KULAI: Penyandang kerusi Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari parti DAP akan bertanding di Kulai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Pasar di sini, malam Selasa.

Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi mengenai kerusi Kulaijaya di antara Teo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mana kedua-duanya disenarai pendek sebagai calon untuk kerusi yang disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.

Teo akan berdepan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45.

DAP buat pertama kalinya mempertaruhkan calon wanita untuk kerusi parlimen tersebut.

Sementara itu, Lim turut mengumumkan pembantu setiausaha publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Wong Shu Qi, 30 sebagai calon untuk kerusi DUN Senai.

Dengan pengumuman Wong, ini bermaksud penyandang kerusi DUN Senai, Ong Kow Meng digugurkan dari senarai calon pada pilihan raya umum kali ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain