suria

Pengundian Awal Bermula

Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13.
Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13.
Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13.

KUALA LUMPUR: Anggota polis diseluruh negara mula mengundi awal secara berperingkat dengan menggunakan dakwat kekal buat pertama kali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjadi individu pertama membuang undi di sini, sementara anggota polis di seluruh negara akan mengundi di Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Polis seluruh negara.

Sewal pukul 8.30 pagi, anggota polis mula beratur untuk mengundi di Dewan Mess Bukit Aman dan Dewan Perkep.

Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13. Edit | Delete Ismail ketika ditemui selepas membuang undi berkata anggota polis berasa bangga diberi penghormatan untuk menjadi kumpulan pertama mengundi menggunakan dakwat kekal.

"Saya juga perlu mengikut prosedur dalam membuang undi.

"Jika tidak, Ketua Polis Negara tidak akan berada di sini," katanya dalam nada bergurau.

Sementara itu di Lumut, seramai 12, 776 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)mengundi di pusat pengundian di SMK TLDM di pangkalan tentera di sini.

Undi mereka akan dikira bagi Parlimen Lumut yang ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha dan calon Parti Keadilan Rakyat, Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdulk Hamid.

Anggota TLDM turut mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor di mana BN diwakili oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, PKR Mohd Saifullah Mohd Zulfilfi dan calon Bebas, P. Bernard dalam saingan tiga penjuru.

Kong, dan Laksaman Pertama Mohd Imran dan Mohd Saifullah turut hadir di pusat pengundian pagi Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pengundian awal berjalan lancar dengan 59, 194 anggota keselamatan dan pasangan masing-masing telah mengundi setakat pukul 11 pagi Selasa.

"Saya telah melawat pusat latihan Pulapol di Jalan Semarak dan Kem Wardieburn, saya berasa gembira.

"Ini kali pertama SPR memperkenalkan undi awal dan saya sangat berpuas hati kerana proses berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata seramai 272, 387 anggota polis, anggota tentera dan anggota pasukan gerakan am serta pasangan masing-masing mendaftar sebagai pengundi awal.

Daripada jumlah tersebut seramai 36,561 mendaftar sebagai pengundi pos.

"Jumlah keseluruhan yang akan mengundi sebagai pengundi awal ialah 235, 8326 orang," katanya.

Bagi undi pos di luar negara, Abdul Aziz berkata seramai 6,092 daripada 8,756 pengundi berdaftar atau 69.82 peratus telah mengundi di pejabat 100 pejabat kedutaan di seluruh dunia pad Ahad.

Tiga pejabat kedutaan, tidak mempunyai sebarang pengundi.

"Baki kertas undi masih berada di pejabat kedutaan. Kita menggesa rakyat Malaysia yang masih belum mengambil kertas undi mereka," katanya.

Beliau berkata pengundi sendiri perlu memastikan kertas undi mereka tiba di pejabat pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan masing-masing pada tarikh yang ditetapkan dan begitu di pejabat kedutaan sebelum Ahad ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain