SESUDAH mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadan, sebagai umat Islam kita sekali lagi diberi peluang untuk merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu bulan syawal dengan berpuasa enam.Ramai memandang enteng apabila berkata mengenai perihal puasa enam.Kononnya 'mood' beraya masih lagi ada sehinggakan terasa malas untuk berpuasa semula.Rugilah kita jika tidak melakukannya.Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal.Sabda Rasulullah S.A.W:“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.”Antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:- Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.- Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.- Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.- Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jaraktujuh puluh tahun.- Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa berpuasa selama enam hari ini juga mempunyai hikmah tertentu dari sudut kesihatan manusia.Setelah merehatkan sistem pencernaan selama sebulan di bulan puasa, pasti perut akan terkejut dengan kedatangan syawal yang dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah istimewa yang perlu dicerna.Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Alangkah baiknya jika amalan puasa yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam di bulan Ramadan diteruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.Ini menunjukkan bahawa ibadat puasa yang dilakukan bukanlah semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan, akan tetapi perasaan diri sebagai seorang hamba yang taat dan patuh dalam merendahkan diri dalam mendapatkan keampunan daripada Allah SWT.Seperti yang diperkatakan oleh para ulama:“Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”. ***Artikel ini dipetik dari web Majalah I terbitan Kumpulan Karangkraf