suria

Kempen Bantu Atasi Keganasan Berasaskan Gender

Rohani Abdul Karim.
Rohani Abdul Karim.
Rohani Abdul Karim.

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Antarabangsa Untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjalankan kempen selama 60 hari untuk meningkatkan kesedaran bagi mengatasi keganasan berasaskan gender.

Sejak dilancarkan pada 10 Oktober lalu, kempen itu diperluaskan ke seluruh negara menerusi kempen kesedaran, seminar dan bengkel celik undang-undang, menggesa supaya tindakan diambil.

"Kempen ini mengingatkan kepada kita apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita dan menyemai rasa hormat terhadap wanita," kata Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada suku ketiga 2013 mencatatkan penurunan 13 peratus keganasan domestik dengan 2,229 kes dilaporkan berbanding 2,558 kes pada tempoh masa yang sama tahun lalu.

"Saya percaya kempen dan program yang dianjurkan agensi kementerian dengan bantuan dari badan kerajaan, NGO dan sektor swasta menyumbang kepada penurunan tersebut," kata Rohani.

Menurut kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 35 peratus wanita akan mengalami ancaman keganasan.

Kajian itu turut mengenalpasti keganasan terhadap wanita sebagai wabak kesihatan awam global yang memerlukan pendekatan segera.

Di Malaysia, kira-kira 42,449 kes penderaan domestik dilaporkan pada 2000 hingga 2012, di mana 18 peratus mangsa adalah lelaki manakala 82 peratus lagi adalah wanita.

"Ancaman keganasan berlaku kepada lelaki dan wanita. Oleh itu, mengapa kita bertanggungjawab mencegah jenayah ini.

"Amat penting sokongan diterima mereka yang amat memerlukan," kata Rohani.

Kempen selama 60 hari itu akan berakhir tengah bulan ini.

Artikel Sebelum

Suasana Menakjubkan Di Maldives

Artikel Berikut

Artikel Lain