suria

Yahoo Malaysia Lancar Portal Style Factor

Daniella Sya bertindak sebagai pengacara dalam setiap episod Style Factor.
Daniella Sya bertindak sebagai pengacara dalam setiap episod Style Factor.
Daniella Sya bertindak sebagai pengacara dalam setiap episod Style Factor.

PETALING JAYA: Yahoo Malaysia telah melancarkan Style Factor Malaysia iaitu laman web penjagaan diri dan kecantikan serta fesyen premium untuk golongan wanita di negara ini, Khamis lalu.

Menerusi Style Factor, ia akan mengetengahkan berita selebriti terkini dan maklumat mengenai fesyen, galeri foto dan video serta program terutamanya untuk pengguna di Malaysia.

Buat pertama kalinya dilancarkan di Malaysia, konsep itu berasal dari kerjasama global dengan Procter & Gamble.

Inisiatif tersebut berjaya diperluaskan ke negara Asian yang lain seperti Indonesia, India dan Filipina sejak dua tahun lalu.

"Kami teruja untuk membawa Style Factor ke Malaysia kerana ia menawarkan kandungan yang kaya dengan maklumat untuk memaklumkan, mendekati dan menghiburkan pengguna kami," kata Penerbit Eksekutif, Serantau untuk Pembangunan Media dan Jenama di Yahoo Asia Tenggara.

Jelasnya, Yahoo amat gembira untuk mengukuhkan kerjasama global dengan P&G untuk menawarkan produk kepada pelanggan di negara ini.

Style Factor yang dihoskan oleh model, Daniella Sya turut menawarkan topik semasa berkaitan rekreasi dan hiburan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Antara episod yang dimuatkan termasuk cara-cara untuk merawat rambut rosak dan cara untuk kelihatan cantik di dalam gambar.

Artikel Sebelum

Suasana Menakjubkan Di Maldives

Artikel Berikut

Artikel Lain