suria

'Metro Online Broadcast' Himpun Banyak Kisah Paling Menarik

Tintoy Chuo membuat rekaan wayang watak-watak filem Star Wars.
Tintoy Chuo membuat rekaan wayang watak-watak filem Star Wars.
Tintoy Chuo membuat rekaan wayang watak-watak filem Star Wars.

METRO Online Broadcast (mob.com.my) yang berfungsi sebagai laman web kewartawanan penduduk mengalu-alukan cerita-cerita daripada orang awam untuk berkongsi berita komuniti mereka yang sering kali tidak dilaporkan.

Sejak dilancarkan pada Mei lalu, MOB telah melaporkan berita-berita yang telah menarik minat para pembaca, mengenai apa yang terkini di media sosial sehingga ke kisah-kisah kemasyarakatan.

Antara berita-berita MOB yang paling menarik perhatian pada tahun ini adalah “Star Wars characters in wayang kulit” (Watak Star Wars dalam wayang kulit), di mana kami telah berkongsi kisah mengenai bagaimana Tintoy Chuo yang pakar dalam mereka watak dan kandungan interaktif telah membuat rekaan wayang kulit bagi watak-watak filem Star Wars.

Chuo mengambil keputusan untuk menggabungkan budaya tradisional dengan watak moden yang dikenali seluruh dunia apabila beliau menyifatkan wayang kulit begitu ketinggalan untuk menarik perhatian golongan muda.

Berita “Lone woman pummels snatch thief - fake or real?” (Seorang wanita tumbuk peragut – benar atau rekaan?) turut dipaparkan di MOB apabila kisah itu mendapat perhatian meluas di kalangan pengguna Internet.

Ia mengisahkan sebuah video yang tersebar meluas di Facebook yang menunjukkan seorang wanita diserang oleh seorang pembonceng motosikal sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan rumah, dan cuba meragut beg tangannya.

Mereka yang menonton video itu dikejutkan dengan tindakan wanita itu yang melakukan aksi mempertahankan diri dengan menolak lelaki berkenaan jatuh ke tanah dan menumbuknya, sejurus sebelum rakan peragut muncul untuk menyelamatkan rakannya dan kemudiannya melarikan diri.

The Star kemudiannya melaporkan bahawa wanita itu adalah Germaine Yeap yang sebenarnya adalah mahir dalam seni mempertahankan diri Muay Thai.

Kisah mengenai bangkai buaya sepanjang enam meter yang ditemui di tebing sungai Kuala Selangor dekat Kampung Belimbing turut menarik perhatian dalam media sosial.

Menurut penduduk Kampung Belimbing, bangkai buaya itu ditemui oleh dua pemancing dekat Jeti Jalan Tok Empat Masjid.

Penduduk kampung kemudiannya melaporkan mengenai penemuan bangkai buaya itu kepada Jabatan Hidupan Liar Selangor.

Antara lain ialah “Part of Penang Bridge II colapses, several people trapped underneath the rubble” (Sebahagian Jambatan Pulau Pinang Kedua runuh, beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan), apabila pengiktu MOB melaporkan mengenai sekumpulan pekerja binaan dan pasukan bomba berada di tempat kejadian bagi melakukan usaha mencari dan menyelamat mereka yang terperangkap di bawah runtuah itu.

Ia secara jelas menggambarkan mengenai bagaimana individu-individu yang menjadi mata dan telinga bagi orang awam untuk melaporkan secara terus dari kawasan sebelum ia didedahkan kepada umum.

Artikel Lain