KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai barat Sumatra Utara, pada 6.36 petang Selasa.Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa ialah di 211 km sebelah barat daya Simeulue, Indonesia, dan 755 km sebelah tenggara Lumut, Perak.Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata mereka tidak ada menerima sebarang laporan mengenai gempa di Semenanjung.- BERNAMA