suria

Ringkas Tetapi Menyelerakan

Chef Zulkefli menunjukkan hidangan sempena makan malam Tahun Baru Cina.
Chef Zulkefli menunjukkan hidangan sempena makan malam Tahun Baru Cina.
Chef Zulkefli menunjukkan hidangan sempena makan malam Tahun Baru Cina.

RINGKAS tetapi lazat sesuai menggambarkan bufet makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di The Nomad Bistro di Hotel The Nomad SuCasa KL.

Hotel tersebut menawarkan pelbagai hidangan tradisi Cina, Yee Sang dengan hirisan Salmon, Sup ketam, Ayam Goreng dengan Oren dan Mangga Madu, Sayur Empat Musim, Nasi Goreng Nenas, Brokoli Kukus dan banyak lagi.

Chef Zulkefli Mohammad berkata, restoran itu terkenal dengan keenakan nasi gorengnya.

Apabila menyentuh mengenai nasi goreng, kebanyakan tempat kurang dari segi rasa tetapi Nasi Goreng Nenas di sini merupakan juara dari segi rasa dan tekstur.

Beliau menjelaskan kelazatannya bergantung kepada pes, ramuan khas yang dihasilkannya.

Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagai pilihan seperti Puri Mangga Sejuk, Pomelo Sago dan Kelapa Laut dengan Longan Kering beserta herba.

Pengunjung harus mencuba Puri Mangga Sejuk dengan Pomelo Sago kerana ia amat menyegarkan.

Hotel tersebut turut menawarkan makan malam Romantik sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

Harga bagi hidangan bufet itu bagi dewasa adalah RM60 manakala bagi kanak-kanak dan warga tua, RM38.

Hidangan bufet makan malam sempena Tahun Baru Cina bermula pada 29 hingga 30 Januari ini dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

Sementara itu, bagi makan malam Romantik berharga RM60 setiap seorang (dewasa) bermula pukul 6,30 petang hingga 10.30 malam pada 14 Februari ini.

Lokasi:

The Nomad Bistro, The Nomad Sucasa All-Suite Hotel, 222 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tel: 03-4251 3833 ext 457 Waktu perniagaan: 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Artikel Lain