Seorang pekerja memberikan sentuhan kreatif di ruang Misi Ke Angkasa di i-City, Shah Alam sebelum ia dibuka kepada orang ramai 30 Januari ini.'MISI Ke Angkasa' akan menjadi tarikan terbaru di i -City di Shah Alam.Bakal dibuka pada malam Tahun Baru Cina, tarikan ini akan menawarkan satu pengalaman yang direka bagi memberikan peluang kepada pengunjung merasai perjalanan di angkasa lepas.Di bahagian pintu masuk, kiraan yang diikuti oleh bunyi pelepasan roket akan menyambut pengunjung yang mempunyai pilihan sama ada mahu menyewa sut angkasawan atau sebaliknya.Untuk memasuki 'Starship Explorer' iaitu bahagian pertama Misi Ke Angkasa, pengunjung akan menaiki 'kenderaan angkasa' dilengkapi senjata khas, yang membawa mereka melalui ruang yang dipenuhi robot dan telur makhluk asing.Dalam laluan ini, senjata boleh digunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan serangan makhluk asing dan setiap tembakan akan didaftarkan secara elektronik.Pengunjung juga boleh turun dan mendarat untuk ke 'Dek Pemandangan' bagi melihat bulan dan bintang atau mengambil gambar berkumpulan seperti mana yang diilhamkan daripada watak dalam filem Star Trek.Peluang bergambar dengan lebih riang menanti di 'Armoury' yang sarat dengan senjata berat dalam ruang angkasa di mana terdapat makhluk asing dieram dalam tiub ujian gergasi.Selepas itu, pengunjung akan memasuki perjalanan yang dipanggil 'Travel Intergalactic' yang merupakan bahagian kedua Misi Ke Angkasa melalui 'lubang cacing' dengan bercahayakan lampu bulat.Pelawat kemudian bertukar kenderaan dan memulakan perjalanan dengan kapal angkasa kecil untuk menerokai ruang seterusnya di mana mereka akan menghadapi keajaiban 'Gaia Trees of Life' dua tingkat yang mengingatkan mereka kepada salah satu adegan dari filem Avatar.Selepas melepasi hutan purbakala di Chimerion dan gua misteri Mycelium, pengunjung berdepan dengan Planet Merah-X yang kelihatan seperti set Marikh yang dibakar.Perjalanan berakhir di Planetarium di mana terdapat unsur-unsur pendidikan tentang sistem solar dan cahaya bintang.Misi Ke Angkasa yang berkeluasan lebih 30,000 kaki persegi, akan memberikan nilai tambah kepada tarikan sedia ada di i -City dengan adanya House of Horror, Red Carpet Wax Museum, Snowalk, WaterWorld, Trick Art Museum and City of Digital Lights.Dalam promosi khas Tahun Baru Cina, tiket berharga RM15 untuk setiap bahagian Misi Angkasa.Tarikan ini akan memulakan operasi pada 30 Januari (10 pagi hingga tengah malam setiap hari).Untuk maklumat lanjut , layari iticket.i-city.my atau hubungi 03-5521 8494 / 8800.