Kren dan lori sampah dapat dilihat di tebing Sungai Klang. Gambar diambil ketika aktiviti haram itu dilakukan pada sebelah petang.SISA domestik dan pembinaan yang dibuang ke dalam Sungai Kelang dari sungai Petaling Jaya Selatan (PJS) merupakan masalah yang timbul sejak sedekad lamanya.Pihak berkuasa bukan sahaja telah bertindak menutup mata, tetapi mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab terhadap mana-mana agensi yang perlu mengambil tindakan.Dominic Khoo yang tinggal di Puchong berkata dia berasa terkejut pertama kali melihat lambakan tersebut setiap hari."Lori-lori membuang sisa-sisa buangan di tebing sungai."Sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai oleh kren. Ia adalah pemandangan yang amat menyayat hati," katanya.Dominic telah membuat beberapa aduan dengan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) tetapi tidak berjaya."Saya telah menghantar e-mel kepada beberapa pihak berkuasa. Apa yang saya terima adalah nota terima kasih!"Saya juga mengemukakan e-mel kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo tetapi tiada apa yang dilakukan."Lambakan masih diteruskan," katanya.StarMetro mendapat pemandangan keseluruhan masalah itu dari sebuah kondo yang terletak di Jalan Pipit, Puchong.'Gunung sampah' dapat dilihat di tebing sungai. Kelihatan juga pemungut sampah membakar tayar dan barangan lain-lain di tapak berkenaan.Seorang pembaca StarMetro Joseph Nathan, yang tinggal di PJS 3, berkata terdapat dua laluan untuk pergi tebing sungai itu iaitu dari PJS3 dan PJS4.Satu laluan ialah melalui rumah pangsa Seri Manja, Jalan PJS3/40.Satu lagi laluan adalah melalui Taman Dato' Harun di PJS 4.Joseph berkata lambakan kebanyakannya dilakukan pada waktu malam atau pada waktu pagi.Namun, adakalanya ia juga dilakukan pada waktu siang.Kira-kira 40 buah lori dilihat sering keluar-masuk dari tapak ini setiap hari.Dia mendakwa terdapat orang yang menjaga pintu masuk untuk ke kawasan-kawasan ini.Dia menambah, pintu pagar telah dibina di pintu masuk lokasi ini."Lori-lori yang membawa sisa-sisa buangan biasanya akan berhenti di Taman Perangsang dan melupuskan sisa di sana."Pemungut sampah kemudiannya akan mengambil barang-barang yang boleh dikitar semula. Selebihnya dibuang ke dalam sungai."Ini telah berlaku selama hampir 10 tahun, adakah kerajaan tidak mahu menangkap pesalah dan menghentikan masalah ini?," dia bertanya, sambil menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menjalankan siasatan terhadap isu ini.Joseph mendakwa, pegawai penguatkuasa telah melawat tapak tersebut dan terpaksa memecahkan pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan sambil menambah mereka kelihatan seperti dari Pejabat Tanah."Dalam masa beberapa hari kemudian, pintu-pintu pagar dibina semula dan urusan dilakukan seperti biasa," katanya.Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memastikan tiada pembuangan sisa ke dalam sungai.Satu sumber dari JPS bagaimanapun berkata, ia adalah tanggungjawab MBPJ."MBPJ perlu memastikan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang tidak berlaku di tempat-tempat di bawah bidang kuasanya."JPS hanya melihat isu-isu seperti banjir," katanya.Luas tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, adalah kewajipan MBPJ untuk menghentikan lambakan haram kerana pelupusan sampah adalah di bawah bidang kuasa majlis-majlis tempatan."Operasi bersama yang diketuai oleh MBPJ dan termasuk kakitangan dari agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan JPS, akan dapat menghalang pencerobohan diteruskan."Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada bulan Disember berhubung isu ini dan kerja-kerja pembersihan telah dirancang di kawasan yang terjejas."Operasi telah dimulakan di kawasan terpilih bulan lepas," kata Elizabeth dalam satu mesej teks kepada StarMetro.