KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut kategori pertama yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak, dijangka berterusan hingga Sabtu.Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya pada Rabu berkata, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.Menurut jabatan itu, keadaan yang sama juga akan berlaku di Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu.Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kenaikan paras air laut.Sementara itu, kejadian ribut petir yang melanda perairan Limbang (Sarawak), Labuan, pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Reef North dan Sulu dijangka berterusan sehingga awal malam ini.Ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, yang berbahaya kepada bot-bot kecil. -BERNAMA