suria

Lebih Banyak Negara Sertai Festival Layang-Layang Sedunia 19-24 Feb

Tee Siew Kiong (kanan) bersama Presiden Majlis Perbandaran Pasir Gudang, On Jabbar (kiri) melihat wau yang dihias dengan kreatif pada majlis pelancaran Festival Layang-Layang Sedunia Ke-19.
Tee Siew Kiong (kanan) bersama Presiden Majlis Perbandaran Pasir Gudang, On Jabbar (kiri) melihat wau yang dihias dengan kreatif pada majlis pelancaran Festival Layang-Layang Sedunia Ke-19.
Tee Siew Kiong (kanan) bersama Presiden Majlis Perbandaran Pasir Gudang, On Jabbar (kiri) melihat wau yang dihias dengan kreatif pada majlis pelancaran Festival Layang-Layang Sedunia Ke-19.

JOHOR BAHRU: Festival Layang-Layang Sedunia Ke-19 yang dinanti-nantikan akan membuat kemunculan semula peserta dari Gerogia, Denmark, Nepal dan Bhutan pada tahun ini.

Penyertaan mereka akan meningkatkan jumlah negara yang mengambil bahagian daripada 36 kepada 39 negara pada tahun ini.

Selain itu, terdapat juga peningkatan bilangan peserta luar negara, dari 236 orang tahun lalu kepada 245 orang tahun ini.

Exco Pelancongan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, acara antarabangsa itu dijangka akan menyumbang kepada peningkatan biangan pelancong yang berkunjung ke Johor.

"Lebih 300,000 pelancong menghadiri acara ini tahun lepas dan kami berharap untuk melihat perangkaan yang lebih tinggi lagi kali ini," katanya semasa pra pelancaran festival itu di sini pada Ahad lalu.

Tee berkata, festival itu merupakan satu suntikan kepada ekonomi negeri ini kerana ramai warga asing bukan sahaja mengambil bahagian dalam pesta itu tetapi juga mengambil peluang untuk melawat dan membeli-belah di negeri ini.

"Bertemakan 'Angin Taman', pengunjung boleh menjangka untuk melihat pelbagai layang-layang kreatif dan berwarna-warni sepanjang festival yang diadakan selama lima hari ini.

"Apa yang lebih unik kali ini adalah layang-layang akan diterbangkan sendiri, yang akan dibuat daripada bahan-bahan kitar semula dan bahan semula, dan akan terbang secara sendiri mengikut arah angin," katanya.

Seramai 900 penggemar layang-layang dari seluruh dunia dan juga rakyat tempatan dijangka mempamerkan kemahiran bermain layang-layang mereka di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang dari 19-24 Februari.

Festival antarabangsa ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Jabatan Pelancongan negeri bersama-sama dengan kerjasama Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.

Pada majlis itu, Tee turut menerima tajaan untuk acara tersebut daripada enam syarikat termasuk KFC Malaysia yang memberi sumbangan terbesar sebanyak RM200,000, Johor Corporation (RM30,000), Felda Johor Buklers Sdn Bhd (RM10,000).

Penyumbang lain adalah Pantech Stainless and Alloy Industries Sdn Bhd (RM5,000), Southern Prospect Sdn Bhd (RM3,000) dan PSB Decoration Sdn Bhd (RM3,000).

Artikel Lain