suria

Mercu Tanda Baru Di Padang Besar...

PADANG BESAR bukanlah satu nama asing bagi rakyat Malaysia khususnya mereka yang gemar membeli-belah.

Tetapi kini ia akan lebih dikenali kerana Padang Besar dihubungkan terus dengan ibu negara menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang memakan masa perjalanan kurang lebih lima jam sahaja.

Ini sekaligus akan menjadikan Padang Besar sebagai mercu tanda baru sektor pelancongan di Utara Semenanjung  termasuklah membangun sebagai lokasi penempatan baru pilihan penduduk.

Baru-baru ini penulis berkunjung ke Perlis dan berkesempatan melalui Padang Besar dengan hasrat untuk ke Zon Bebas Cukai bagi mendapatkan barangan keperluan rumah yang lebih murah.

Ketika dalam perjalanan, penulis tertarik dengan satu projek perumahan yang sedang pesat membangun di Padang Besar.

Projek perumahan itu boleh dikatakan terletak di kawasan yang strategik kerana ia berhampiran dengan projek pembinaan Stesen Penyelidikan Agroteknologi Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala dihadapannya terdapat Taman Agro Lancong yang dibina oleh Jabatan Veterinar untuk pengunjung melihat pelbagai jenis haiwan.

Disebelah kirinya pula akan dibina Institut Kemajuan Pekebun Kecil Risda serta berhampiran dengan hospital, Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan stesen ETS.

Selain itu, kawasan perumahan baru ini juga berhampiran dengan kawasan Logistik Hub dan Projek Halal Hub yang akan dibina dalam masa terdekat serta mengambil masa tidak sampai 10 minit sahaja untuk ke Zon Bebas Cukai.

Pemandangan di kawasan tapak perumahan Taman Padang Besar Indah yang indah dan cantik.

Projek perumahan yang dikenali sebagai Taman Padang Besar Indah ini berlatarbelakangkan kehijauan alam semulajadi yang cantik malah menyejukkan mata memandang.

Projek perumahan itu kini yang memasuki fasa 40 peratus pembinaan dan dimajukan oleh AHS Realty (M) Sdn Bhd.

Sebahagian daripada pemandangan di tapak pembinaan Taman Padang Besar Indah yang sedang dalam pembinaan.

Ketika berada di tapak pembinaan itu, penulis telah berkesempatan bertemu dengan salah seorang anggota Lembaga Pengarah AHS Realty (M) Sdn Bhd, Dayang Nur Adila Abdul Halim.

Tapak pembinaan rumah teres.

"Kita membina 34 unit rumah teres setingkat tetapi semuanya telah habis dijual dan daripada 16 unit rumah kedai pula masih ada enam lagi yang sedang menanti pembeli.

"Baki rumah berkembar dua tingkat kini hanya tinggal 15 unit daripada 30 kesemuanya, manakala rumah teres dua tingkat yang dibina sebanyak 59 unit kini hanya tinggal baki 20 unit sahaja lagi," ceritanya kepada penulis.

Tambah Dayang Nur Adila, harga bagi setiap rumah yang ditawarkan kepada pembeli juga berada dalam paras yang mampu dimiliki jika dibandingkan dengan negeri lain.

"Harga yang kami tawarkan adalah antara yang masih rendah dan mampu dimiliki oleh pembeli ditambah lagi dengan lokasi yang strategik serta keluasan unit rumah serta bangunan yang luas," jelasnya.

Projek ini katanya akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. 

Padang Besar, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Lain