SAYA menjadi nelayan berprofil tinggi apabila The Star digantung selama empat bulan pada 27 Oktober semasa Operasi Lalang. Kehidupan sebagai penganggur merupakan pengalaman yang berharga selepas lesen syarikat akhbar itu dibatalkan. Kejadian tersebut merupakan satu rahmat kerana membuka peluang kepada saya untuk menikmati pendapatan yang tinggi. Sebagai pemancing tegar, saya mengambil peluang untuk meluangkan lebih masa dalam bidang ini. Tuah menyebelahi saya. Fenomena anak kerapu muncul di laut sekitar Pulau Betong di Balik Pulau pada waktu itu. Malah secara kebetulan, seorang usahawan Taiwan memerlukan bekalan yang banyak dan sanggup membeli anak kerapu dengan harga RM1 setiap ekor menerusi ejennya di sini. Sebuah bot dikerah untuk membeli anak ikan kerapu dari pemancing yang mahu menjana pendapatan. Kesemua urusan pembelian diilakukan secara tunai. Kemudian pembeli akan menempatkan anak ikan kerapu di dalam bekas yang dilengkapi sistem penapis udara. Dengan kerjasama bersama seorang rakan, saya turun ke laut menggunakan sampan yang dilengkapi dengan enjin. Saya menggunakan empat pancing yang dipasang dengan pelbagai jenis mata kail. Tiga pancing diikat pada bot manakala satu lagi dipegang oleh saya. Saya mampu menangkap hasil sebanyak730 ekor anak ikan kerapu dalam tempoh lapan jam. Jadi pendapatan saya dalam sehari adalah RM730 dan RM22,000 sebulan. Satu beban yang berat telah dialihkan daripada fikiran saya apabila menjadi penganggur. Malah hati saya merasakan gembira dengan rezeki ini. Pada waktu yang baik, saya mampu menaikkan lebih 800 ekor anak kerapu. Kami mempunyai kelebihan berbanding pemancing di kawasan pantai kerana kami memiliki bot untuk meneroka banyak kawasan bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak. Dengan rezeki yang mencurah-curah ini, saya tidak lagi memburu ikan peacock di kawasan sungai di Bayan Lepas untuk dijadikan makanan kepada anak ikan toman yang dipelihara dalam akuarium sepanjang lima kaki. Dengan pemakanan yang betul, anak ikan itu mampu membesar dengan pantas dan situasi untuk menyusahkan saya kerana ikan tersebut akan cuba melompat dan melanggar cermin akuarium. Disebabkan bimbang tindakan ikan toman itu akan merosakkan akuarium, saya menyerahkannya kepada jiran yang mempunyai kolam ikan yang diperbuat daripada simen. Sekali-sekala saya akan ke rumahnya untuk melihat bekas ikan peliharaan saya itu. Selepas penggantungan The Star ditarik semula, saya diberikan tugasan pertama untuk membuat liputan sebuah kumpulan penyanyi tempatan dikenali sebagai Freedom yang terkenal dengan lagu 'Mulanya Di Sini'. Adakah ia satu kebetulan? Bebas daripada belenggu pengangguran, saya lebih kaya berdasarkan pengalaman dan keuntungan kerana rezeki di laut. Dalam tempoh empat bulan tersebut, saya juga mempunyai kesempatan untuk melakukan larian. Tempatnya, kawasan bulatan Crystal Point di Sungai Nibong yang terletak berdekatan lapangan Terbang menerusi Jalan Tun Dr Awang. Kawasan itu ditutup kepada trafik untuk proses naiktaraf dan pembesaran jalan. Jadi saya “menguasai” jalan itu sepenuhnya. Episod penggantungan The Star membuka mata saya untuk melihat keadaan dengan lebih positif. Kita tidak perlu cepat berputus asa apabila kita menderita. Penderitaan membuka minda kita untuk mencari jalan keluar daripada kepayahan. Nasib boleh berubah pada bila-bila masa. Kita mesti mengambil sikap rasional apabila berfikir, bertindak dan melayan orang lain. Setiap tindakan mempunyai reaksi. Tindakan boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang buruk dan baik. Hanya perlu membuat pilihan yang betul. Dengan usia yang semakin meningkat, saya meniti jalan yang betul ke arah usia senja. Saya menjadi semakin berpengalaman. Pengalaman yang saya perolehi semasa tempoh penggantungan memberi saya sinaran yang diperlukan untuk mencapai matlamat hidup dengan cara yang selamat dan aman. Penderitaan yang ditanggung membuatkan saya rapat kepada-NYA. Dalam suka dan duka, cuba bersyukur, berterima kasih dan redha dengan segala ujian yang diberikan kepada kita. Naik turun dalam kehidupan sama seperti cerun di sebuah bukit. Cabaran itu membuatkan saya seorang pendaki yang berjaya. Cinta saya terhadap cabaran tidak dapat dipertikaikan lagi. Selepas saya bersara daripada The Star pada tahun 2000, kehidupan saya terus disinari dengan diberikan kekuatan, kegembiraan dan kesihatan yang baik. Mungkin saya miskin dari segi harta tetapi saya kaya dengan pengalaman yang hebat. Saya berharap episod ini boleh menjadi panduan bagi mereka yang mengalami kesukaran dalam hidup. Ada rahmat disebalik kehidupan yang kurang bernasib baik. Saya bersara daripada The Star dengan hati yang berat. Syarikat itu telah menjadi rumah kedua saya. Pengalaman yang saya miliki tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Hari ini, pada usia 75 tahun, saya telah mencapai usia yang matang sepenuhnya. Apabila ditakdirkan menghadap Illahi, saya tidak sabar untuk menuju ke dunia akhirat. Saya bersedia untuk menerima rahmat Tuhan. Ramai orang dibelenggu dengan kepercayaan bahawa usia tua hanyalah menanti kematian di dalam bilik. Mereka perlu hapuskan persepsi ini. Saya berasa bertuah kerana masih boleh melihat matahari terbit dan terbenam pada setiap hari. Satu hari nanti, saya juga akan mati..tanpa rasa menyesal tetapi dengan rasa bersyukur. A. R Amiruddin merupakan bekas wartawan yang pernah bertugas bersama National Echo selama 10 tahun dan The Star selama 19 tahun. Artikel yang ditulis merupakan pandangan penulis sendiri.